CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Isteri Menderita Suami Ikut Tabligh Berbulan-Bulan, Tak Bagi Nafkah- "Kalau Melawan Dilabel Tak Sanggup Berkorban Ke Jalan Allah"

28-7-2022 03:46 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 8394| Komen: 109

Menerusi perkongsian di media sosial, seorang wanita meluahkan isi hatinya selepas suami yang merupakan pengikut tabligh ingin keluar berdakwah selama empat bulan dengan menggunakan wang hasil titik peluh isteri.


“Aku isteri, ada anak kecil. Suami tabligh nak keluar selama empat bulan... berat hati nak lepaskan sebab anak masih kecil, kerja tak stabil dan aku hanya berniaga.

“Hasil duit berniaga la aku hidup besarkan anak dan sara keluarga. Suami aku keluar empat bulan guna hasil niaga tu.

“Banyak kali aku gaduh pasal tak izinkan dia keluar, tapi dia tetap lawan, kemudian salahkan aku dan cakap aku melawan dia serta tak tahu agama,” luahnya.

Gambar Hiasan


Disebabkan menyentuh soal agama, si isteri terpaksa berdiam diri demi mengelakkan pergaduhan lebih panjang.

Namun setiap yang berlaku itu membuatkannya hidup dalam kedukaan kerana terlalu banyak makan hati.

Tambahnya lagi, suami tersebut juga tidak mempunyai sumber kewangan untuk keluar mengikut jemaah tabligh sehingga sanggup memintanya menggadaikan barang kemas yang ada.

“Dia nak keluar tapi duit tak ada. Sampai tahap suruh aku gadaikan barang kemas supaya dia ada duit belanja ke sana,” katanya.

Mengakui sedih dengan sikap suami, dia bagaimanapun terpaksa menuruti kehendak tersebut selepas dimarahi.



Malah turut dilabel sebagai kedekut dan tidak sanggup berkorban di jalan Allah.

“Dia cakap aku kedekut sebab tak nak tolong dia. Pada masa sama dia cakap, jangan risau pasal duit kerana sepanjang keluar jalan Allah... rezeki akan murah dan Allah permudahkan urusan.

“Tapi yang tanggung beban tu nanti adalah aku. Dia tiada! Akulah yang kena beli barang kedai, nak masak dan jaga anak lagi... macam tiada suami.

“Dia nak aku tolong dia, tapi dia tak tolong aku. Dah la pergi sana empat bulan tak tinggalkan duit nafkah untuk aku dan anak, dia boleh cakap itulah pengorbanan isteri-isteri nabi dahulu,” katanya lagi.

Bercerita lanjut, ujarnya, sepanjang tempoh tersebut dia bukan sahaja perlu kumpul duit untuk bayar pinjaman kereta tetapi perlu menanggung beberapa kos perbelanjaan lain termasuk sewa kedai.

“Aku la kena kumpul duit nak bayar kereta, servis kereta, tukar tayar, bayar sewa kedai, ambil barang gadai, beli susu dan pampers anak.

“Stres kadang-kadang, hari-hari aku menangis,” luahnya sambil meminta semangat kerana tidak tahu apa yang perlu dilakukan pada masa ini.

Kisah rumah tangganya itu dikongsikan pemilik akaun Twitter @pedoqpop.

Ciapan itu kemudian tular dan diulang kicau lebih daripada 2,100 pelayar Twitter.

Kebanyakan netizen menasihatkan wanita terbabit supaya membuat permohonan fasakh untuk penceraian kerana telah diabaikan oleh suami.

“Discuss dengan famili dan mentua. Biar mereka yang nasihat. Kalau tak jumpa solution juga, tuntut fasakh atas alasan tak memenuhi nafkah isteri melebihi tiga bulan.

“Tak bagi nafkah, keluar pula tu lebih tiga bulan... Dah boleh pergi mahkamah minta cerai tu. Ni laki tak guna namanya. Kau nak ke jalan Allah pun kena ikut hukum hakam.

“Keluar empat bulan, tiga bulan tanpa nafkah dah boleh minta fasakh. Memang susah minta cerai tapi kena mula... kumpul bukti. Sampai bila nak tanggung biawak hidup.

“Kalau mental tak kuat memang makan hati, tertib tu tak betul. Suami kena usaha cukupkan perbelanjaan sebelum nak keluar tinggalkan anak bini. Memang rezeki Allah bagi tapi tak rasa anaiya anak bini ke pakai duit meniaga isteri.

“Pelik juga ramai yang tak faham konsep tabligh tapi mencari neraka sendiri, dulu aku pernah keluar juga dengan jemaah (pangkat) datuk lagi... apa yang mereka buat tinggal hal dunia untuk akhirat maksudnya kau yang kena settle sendiri hal dunia termasuk isi rumah kemudian baru pergi,” ujar beberapa netizen di ruangan komentar.

Dalam pada itu, ada juga yang menyifatkan suami tersebut sebagai penunggang agama kerana memperkudakan isteri demi kepentingan diri sendiri.

“Nabi SAW tak pernah ajar umat Baginda untuk keluar berdakwah sampai abaikan tanggungjawab rumah tangga, Nabi SAW juga berdakwah dan juga berniaga mencari rezeki untuk keluarga, itulah tabligh kadang-kadang aku tak faham jenis yang hardcore tunggang agama.

“Dah tak bagi nafkah, keluar pula lebih tiga bulan. Dah boleh pergi mahkamah minta cerai tu. Inilah laki kalau tunggang agama.

“Kalau dah anak bini dibiarkan, tak bagi nafkah, tak jalankan tanggungjawab seorang suami dan ayah seeloknya minta cerai dan tuntut fasakh. Belajar agama tinggi-tinggi tapi pilih jadi penunggang untuk kepentingan diri sendiri,” ujar beberapa netizen lagi.

Terdahulu laman sesawang Mufti Wilayah Persekutuan ada menjelaskan hukum berkenaan keluar berdakwah bersama jemaah tabligh mahupun tanggungjawab kepada keluarga secara terperinci.

Kesimpulan daripada penerangan itu menyatakan ‘seseorang yang ingin keluar berdakwah dalam tempoh yang lama hendaklah memastikan bahawa dia memenuhi syarat yang ditetapkan. Selain itu, ahli keluarga juga hendaklah bersikap tolak-ansur dan faham atas kepentingan berdakwah dan kemuliaannya’. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jalfa 28-7-2022 03:52 PM
Ko sekolah srp lepas tak..tak reti reti angkat kaki ..
Quote nononcrux 28-7-2022 03:56 PM
sesat la ni..
Quote supernaturalee 28-7-2022 03:57 PM
dh tu lps balik confirm2 mntak
tup tap tup tap nah keluar lagi


Quote syamzana 28-7-2022 03:59 PM
p court failkan cerai. merempan buat krgan pnjg2 dapat simpati bkn blh buat beli makanan dekk.
Quote star_karat 28-7-2022 04:01 PM
Post kat grup FB tabligh lah tengok apa dorang jawab.
Quote renko 28-7-2022 04:08 PM
star_karat replied at 28-7-2022 04:01 PM
Post kat grup FB tabligh lah tengok apa dorang jawab.

mestilah mod x approve post
hahahaha
Quote capiloton 28-7-2022 04:26 PM
Edited by capiloton at 28-7-2022 04:31 PM

sape suruh mintak izin?
mana ada dalam Islam laki kena minta izin dengan bini

yang betul nya, suruh dia prepare duit belanja untuk 4 bulan tu.
cukup syarat nafkah nya ada, boleh la nak pegi mana pun.

btw memang ada orang2 tabligh or lobai ni,
yang ego nya dia tinggi semacam.

culas bab tanggungjawab sebagai ketua keluarga,
bab family sendiri pun tak lepas, tapi sibuk nak dakwah orang kat luar.

report jer kat pejabat agama, kalau mmg betul laki tak bagi nafkah.
orang ego tinggi ni, cara nak ajar dia, kasi buka aib dia di mahkamah

Quote tri-max 28-7-2022 04:28 PM
you are not a tree ... take a move, walk away
titik.

fasakh, cerai, semua ada dlm quran . make use of it.
bukan laki kau sorang je boleh ikut sunnah

Quote asudau 28-7-2022 04:28 PM
biawak hidup versi penunggang agama.
baik failkan fasakh je sis..
dari membela biawak hidup
Quote dekmieDandy 28-7-2022 04:36 PM
Edited by dekmieDandy at 28-7-2022 04:37 PM

personal experience, tak pernah lagi nampak orang tabligh yang wangi, kemas dan bertanggungjawab.

kat kampung tu lepas sorang jemaah ni pindah keluar, terus takde dah aktiviti tabligh ni.

kalau tak time kecik dulu mesti nampak orang kena tarik pergi surau.
Quote jejaka_hensem 28-7-2022 04:42 PM
Pernah jumpa dorang ni time balik keje.
Lepas jawab salam dorang,iols terus cakap,saya penat ni baru balik kje.saya nak tido,terus iols masuk rumah tutup pintu.
Malas nk layan
Mesti dorang label iols ahli nuraka
Quote naina 28-7-2022 04:44 PM
Edited by naina at 28-7-2022 10:04 PM

Kalau ada duit pun ditinggalkan tapi ko ada anak kecik kot. Lebih baik tolong sama2 jaga anak jaga family. Lagi bagus. Tabligh ni Ala2 me time untuk lelaki la ek..lama tu berbulan. Oh syoknya membujang berbulan2 ek
Quote tikusmontok 28-7-2022 04:50 PM
Tanggungjwb kpd isteri dan anak tak laksana...berentilah jadi manusia.
Quote rosedemon 28-7-2022 04:52 PM
gelilah acah2 tabligh ni.
Quote haifawehbe 28-7-2022 05:00 PM
kunun join tabligh nak dpt pahala sudahnya ke neraka jahanam jugak sebab abaikan nafkah anak binik..
Quote copy_paste 28-7-2022 05:03 PM
kalau x tahan tanggung biawak hidup,minta je la cerai,
ko nak laki ko berubah,nampak gaya memang jenis xkan berubah tu,
Quote dudaberhias 28-7-2022 05:14 PM
benda yang dah lama...
sebabtu di syorkan yang nak masuk tabligh untuk duduk selama 44 hari ni orang2 yang dah pencen... insyaallah takde masalah atau tanggungjawab dunia yang perlu di risaukan... tabligh tu takde apa2 masalah pun... memang la duduk dalam situasi macamtu hygiene hagak kotor lah siap jubah berkulat semua tapi tu salah ahli jemaahnya bukannya tabligh... cumanya kalau nak join sekadar nak makan tido tak basuh kain baju tak basuh pinggan siap tinggal anak bini... tak payah lah dik... akhirat pun belum tentu dapat...
Quote shernazz 28-7-2022 05:21 PM
Mcm.jiran nenek.iols.kat kampong tu.lah
Sampai meroyan.la.acik tu..
Kesian.dia...
Quote ilacantik 28-7-2022 05:26 PM
Sedara terdekat kaki tabligh. Samalah macam citer akak di atas. Dia nak bertabligh, kita pulak kena susah payah sediakan dana. Kalau tak nak bagi, maka bermacam tazkirah lah dikeluarkan. Tapi tazkirah bab nafkah isteri dan anak, tak pernah pulak meols dengar.

Lihat semua komen(109)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-1-2025 07:15 PM GMT+8 , Processed in 0.733690 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top