CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Meremang Bulu Roma, Hazama Tak Sanggup Nyanyi Lagu Duet Dengan Arwah Siti Sarah

28-7-2022 03:29 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2258| Komen: 7

Andai diberi pilihan, Hazama enggan mendendangkan single duet, Terakhir Buat Teman yang dirakamkan bersama Allahyarham Siti Sarah Raissuddin dalam mana-mana acara.


Hazama mengaku karya itu meninggalkan banyak kenangan sedih kerana selain Allahyarham Siti Sarah, insan kreatif lain di sebalik rakaman single berkenaan juga sudah pergi menghadap Ilahi.

Mereka adalah pencipta melodi, Allahyarham Lok U atau nama sebenar, Faizal Uzir dan Allahyarham Aji. Tidak ketinggalan, penulis lirik, Allahyarham Rudy Imran Shamsudin atau nama pena, Iman Imran.

Foto: IG

Hazama mengaku bulu romanya meremang setiap kali membicarakan soal single Terakhir Buat Teman.


"Namun, sebagai penyanyi dan yang masih hidup, saya tetap bertanggungjawab ke atas lagu itu. Kalau ada permintaan sama ada untuk menyanyi secara solo atau berduet, saya sedia.

"Kalau hendak menyanyi saja-saja, saya cuba menolak dengan baik. Jika ada persembahan atau konsert, lagu itu saya ketepikan daripada senarai dendangan.

"Seingat saya, kali terakhir menyanyikan lagu itu bersama arwah Siti Sarah ketika mempromosikannya dalam program Malaysia Hari Ini (MHI)," katanya pada sidang media sempena pelancaran lagu Makuta dendangannya bersama Luca Sickta dan Kmy Kmo di ibu negara, baru-baru ini.


Hazama atau nama penuh, Hazama Ahmad Azmi berkata, sebelum single Terakhir Buat Teman dilancarkan, dua tahun lalu, timbul pelbagai perkara dan konflik.

"Lagu ini terlalu berat. Ada bahagian lirik di mana saya dan arwah Siti Sarah mohon diubah agar lebih lembut dan berlapik.

"Saya masih ingat, arwah Rudy berkeras dengan karyanya. Sebagai penyanyi, saya hormati arwah Rudy. Arwah beritahu apa yang tertulis, tidak boleh diubah," katanya sambil menambah judul asal lagu berkenaan adalah Nota Terakhir yang diubah kepada Terakhir Buat Teman.



Hazama mengaku rasa bersalah apabila mengenang kembali gurauannya dengan arwah Sarah ketika proses rakaman single berkenaan.

"Banyak momen dan situasi yang membuatkan saya rasa bersalah. Kami ada kalanya bergurau benda di mana mungkin ketika itu dilihat biasa. Apatah lagi, ketika itu, arwah Siti Sarah sedang hamil anak keempat," katanya yang menyedari dirinya mempunyai pertalian darah dengan arwah Siti Sarah.

Mengenai single Makuta yang bermaksud Mahkota dalam istilah Sunda, Hazama berkata, dendangan itu berkisar kisah propaganda, ketidakadilan dan korupsi yang berlaku pada dunia pekerjaan dan kehidupan harian.



"Jika diikutkan, lagu Neraca yang dinyanyikan Luca dan Kmy bersama Datuk Jamal Abdillah menjadi kerjasama sulung kami.

"Namun, selepas dipertimbangkan, konsep dan eleman lagu itu bersifat nusantara yang tidak kena dengan saya.

"Saya anggap rezeki lagu itu adalah kepada Jamal. Namun, akhirnya, 'jodoh' kami dapat disatukan dalam lagu Makuta," katanya. -CARI

Sumber: Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosedemon 28-7-2022 04:56 PM
tak pernah dengar lagi lagu  ni
Quote imransulaiman 28-7-2022 10:19 PM
Terus buka YouTube dan dengar lagu ni.. Memang boleh meremang bulu roma dengar suara arwah
Quote asfaz 29-7-2022 10:53 AM
Hazama ni ok la nak ada perasaan macam tu bila nak nyanyi lagu yg melibatkan arwah Sarah. Sebab insan2 terlibat pun dah meninggal bukan sorang tapi 3 org. Mesti banyak kenangan kan
Nak banding dgn artis lain ,macam beria sangat cth kak Mitch
Quote laksmanabentan 29-7-2022 11:02 AM
imransulaiman replied at 28-7-2022 10:19 PM
Terus buka YouTube dan dengar lagu ni.. Memang boleh meremang bulu roma dengar suara arwah

tapi macam kurang chemistery gitu lagu nih....
Quote imransulaiman 29-7-2022 06:36 PM
laksmanabentan replied at 29-7-2022 11:02 AM
tapi macam kurang chemistery gitu lagu nih....

Suara mereka macam tak click... Tu lah pasal
Quote eely_shana 30-7-2022 11:58 AM
Lagu ni best.
Quote KBW2 30-7-2022 12:09 PM
Hidup mati ni perkara lumrah kot, cubalah matang sikit. Tapayah over bebenau boleh tak boleh  retis-retis Malaysia ni?

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-1-2025 05:54 AM GMT+8 , Processed in 0.034944 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top