CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Dapat Juta-Juta Pun Cukuplah,"Raja Azmi Harap Tuah Adi Putra Untuk Filem Jerangkung Dalam Almari

28-7-2022 03:17 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4579| Komen: 49

Penerbit filem Jerangkung Dalam Almari, Raja Azmi meletakkan harapan tinggi untuk filem genre seram itu yang bakal ditayangkan pada 4 Ogos ini selain mengharapkan 'magis' pelakonnya, Datuk Adi Putra yang ketika ini mencetus fenomena dengan watak Mat Kilau.

Raja Azmi ketika ditemui berkata, dia sangat berharap dan ingin berkongsi tuah Adi.


Foto: IG

"Saya berdoa agar filem seram ini mendapat 'serpihan' tuah daripada aura filem Mat Kilau itu," katanya kepada Harian Metro.

Ditanya mengenai sasaran kutipan, Raja Azmi tidak meletakkan sasaran yang terlalu tinggi seperti mana filem Mat Kilau :Kebangkitan Pahlawan yang mencecah lebih RM90 juta.




"Saya takut nak sebut angka kutipan yang saya sasarkan sebab saya tak mahu menjanjikan apa-apa. Kalau tidak puluhan juta, dapat juta-juta pun cukuplah," katanya.

Raja Azmi juga turut berkongsi bahawa dia belajar daripada pengalaman lalu yang mana tidak lagi menggunakan kuasa vetonya sebagai penerbit untuk memilih pelakon.



"Sebelum ini saya menggunakan kuasa veto saya sebagai penerbit untuk membuat pemilihan pelakon contohnya orang dari dunia sukan dan sebagainya.

"Selepas belajar dari kesilapan, saya kini memberi kuasa kepada pengarah untuk memilih siapa pelakon yang sesuai dan ambil pelakon sebenar," katanya.



Selain Adi Putra, filem arahan Shadan Hashim ini turut menampilkan lakonan Sophia Albarakbah, Hasnul Rahmat, Wan Hanafi Su, Anne Abdullah, Zaidi Omar, Fazlina Ahmad Daud, Amerul Effendi dan Isaac Iman. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cikatilia 28-7-2022 04:39 PM
what if tak dapat...

uii mengharap dia lain mcm
Quote nakkomenjugak 28-7-2022 04:51 PM
mat kilau lain aura nyaaaa acik jemi
cite kangkung lain auranyaaaa
Quote idril 28-7-2022 04:53 PM
org tgk mat kilau tu mostly bukan sebab adi putra pun......
so ko leh agak la ya kutipan filem ko goner nanti.......
Quote rosedemon 28-7-2022 04:55 PM
beranganlah nak dapat jota2 acik mi
Quote Nenolen 28-7-2022 08:15 PM
masih indenial kah penerbit sapa combo actors dlm MK yg jadi crowd puller
Quote Pixie902 28-7-2022 08:45 PM
acik raja azmi selalunya takda luck terbit2 filem ni
yg hairan bnyk duit dia keep on terbit filem walau pun flop memanjang
Quote newyork 28-7-2022 08:48 PM
Film dia ada ug box office ?
Quote shiraloveyou 28-7-2022 08:48 PM
Barisan pelakon yg membosankan...harapkan adi putra sorang je la ye...maybe acik2 gomen bini orang yang menggeletis dgn adi kat fb tu boleh datang support filem ni...
Quote ReginaGeorge 28-7-2022 08:54 PM
Adi putra ni dah nak tamat tempoh dah.
Quote Madel 28-7-2022 09:00 PM
Tajuk movie pun..mehh
mmg tak le aku nak perabis duit tenguk
MK tu sebab ada Fattah n Beto
Quote inspektoremos21 28-7-2022 09:13 PM
Raja azmi buat la cerita pasal sukan badminton. Or buat anak2 sidek versi dah remaja/dewasa pastu tunjuk diorg masuk thomas cup, all england semua tu..
Quote hotmak 28-7-2022 09:20 PM
filem melayu skrg ada ke yg box office, mat kilau jelah kan yg letup2 yg lain tak perasan pulak jadi sebutan
Quote namieamuro 28-7-2022 11:02 PM
mat kilau tu bkn semate sbb adi bebird je la acik. tak agak2 target nk jota2 jugak tu
Quote samshik 28-7-2022 11:44 PM
Jujurnya solsol tu yg buat peminat die tgk MK.. Die ada crowd die yg terse diri dr felem2 terdahulu.. Achik ni ada rekod anu dlm botol sajork... Ko rs, ada ke org nk tgk adiporntra ni semata2??? Sampai skrg I ollh yihkan he olls lps kes bebed ittew
Quote pocongkiutss 28-7-2022 11:46 PM
Takde Fattah Amin jgn berangan le acik
Quote mendeluk 29-7-2022 01:23 AM
Iols tengok iklan ini dkt cinema bosan gila. Agak2 capai paling pun sejuta
Quote Perawankota 29-7-2022 05:56 AM
Pixie902 replied at 28-7-2022 08:45 PM
acik raja azmi selalunya takda luck terbit2 filem ni
yg hairan bnyk duit dia keep on terbit filem wa ...

Penwrbit2 filem kan dapat dana dari gov.. Sebabtu berebut 2 nak buat filem
Quote anony-mous 29-7-2022 08:01 AM
Rasa kesian pulak dgn kebodohan sheol. Dah lama berkecimpung jd penerbit pon masih xfaham2 asam garam dunia filem. X ada nya reach ko punya target tu. AP bkn penarik org ke panggung. MK laku sbb genre cerita tu. X nafikan filem RA ni ramai pelakon best jgk tp genre tu hmm
Quote sweetyroses 29-7-2022 09:05 AM
Acik target minimum 10juta kannnnnn. Berangan xsalah. Tapi macam tinggi sangat tu. Dah boring tengok citer² seram komedi dekat malaysia ni. Buat betul² seram macam kekasihku seru ke pontianak harum sundal malam 1 tu ke rasa jugak nak tengok walaupun dekat tv. Dulu² drama seram best² jugak. Sekarang macam alahaiii sedih

Lihat semua komen(49)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 09:39 PM GMT+8 , Processed in 0.183803 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top