CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Mak Wan Latah Masuk Mahkamah Sebab Ludah Wanita

28-7-2022 02:56 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4751| Komen: 20

Taiping: "Jangan viral (tular), okay." Demikian amaran diberi oleh pelakon veteran yang dikenali dengan gelaran Mak Wan Latah kepada petugas media yang merakam visual beliau sejurus sebelum memasuki kamar bicara Mahkmah Majistret, di sini, hari ini.


Mak Wan Latah atau nama sebenarnya, Halimatussa'diah Mohd Daud, 61, dihadapkan ke mahkamah itu atas tuduhan berkelakuan aib iaitu meludah dengan tujuan membangkitkan kemarahan terhadap seorang wanita, bulan lalu.

Halimatussa'diah bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret, Nur 'Atiqah Sapari.


Foto: Harian Metro

Berdasarkan kertas pertuduhan, wanita itu didakwa dengan sengaja meludah kepada Nurul Amalina Mohamad Kamal, 28, di Kampung Titi Kasai, Batu Kurau, di sini kira-kira 7 malam, 24 Jun lalu.

Kesalahan itu dibaca mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM100 jika sabit kesalahan.

Pendakwaan yang dikendalikan Pegawai Pendakwa daripada Ibu Pejabat Daerah (IPD) Taiping, Inspektor Khoo Thean Heng menawarkan jumlah jaminan RM5,000 terhadap tertuduh sebelum Majistret membenarkan tertuduh diikat jamin RM1,000.

Ia selepas peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebngsaan (YBGK) yang mewakili tertuduh, T Selvadoray meminta mahkamah mengambil kira pendapatan tertuduh yang tidak menentu kerana bekerja sambilan selain merupakan ibu tunggal kepada empat anak.

Majistret turut menetapkan 5 September depan untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen dan lantikan peguam. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote edoraixora 28-7-2022 03:06 PM
bekeng mak wan ni...
sape dia nurul amalina tu?
Quote 800214 28-7-2022 03:17 PM
edoraixora replied at 28-7-2022 03:06 PM
bekeng mak wan ni...
sape dia nurul amalina tu?

Kak mell tu la kot
Quote msdummy.2018 28-7-2022 03:25 PM
Yg dia ludah tuh pa dia kan?
Quote maharani_gebu 28-7-2022 03:55 PM
nak gak lawan. kalau ngaku salah kena bayar 100 je pun.....
Quote Pixie902 28-7-2022 04:01 PM
hairan kes meludah cepat pulak masuk mahkamah
kes kena tipu duit dan tipu umrah dsb lambat pulak sampai tak dengar sapa2 kena dakwa
Quote dudaberhias 28-7-2022 04:13 PM
kesian mak wan jadi mangsa pa bangkai mel tu... mak wan pun orang tua... paham2 ler iq tak berapa tinggi, patutnya jangan la di ludah2 bagai tu tak pasal2 kena masuk mahkamah... patutnya heshe saman jah PA tu lagi berbaloi
Quote beautifulorchid 28-7-2022 04:16 PM
meludah sebab dia melatah... orang melatah mana bleh kawal kelakuan
Quote twins 28-7-2022 04:26 PM
beautifulorchid replied at 28-7-2022 04:16 PM
meludah sebab dia melatah... orang melatah mana bleh kawal kelakuan

hahahaha kaannnn....
sebab tu makwan mengaku tak bersalah
sbb dia melatah... dia mana sedar...
yang bersalah si amelina tu laaaa..... kot provoke dia....
tu pun sib baik melatah ludah...kalau dia bg flying kick lg nayaaaa....
Quote rosedemon 28-7-2022 04:54 PM
badi kawen kot, pas kawen cerai macam2 pulak jadi kat wan latah ni
Quote lostnfaun 28-7-2022 07:52 PM
maharani_gebu: nak gak lawan. kalau ngaku sal ...


Sbb dia dapat bantuan guaman percuma kot tue yg kerek semcm jer..
Quote supersudoku 28-7-2022 07:54 PM
Pixie902 replied at 28-7-2022 04:01 PM
hairan kes meludah cepat pulak masuk mahkamah
kes kena tipu duit dan tipu umrah dsb lambat pulak sam ...

Itulah psal..cpt pula ye..ade tak acik keje court yg boleh explain...
Quote bunnyj3lly 28-7-2022 09:13 PM
supersudoku replied at 28-7-2022 07:54 PM
Itulah psal..cpt pula ye..ade tak acik keje court yg boleh explain...

Sebab kes straightforward. Kalau kes yg melibatkan high profile etc tu, memang ambil masa nak kumpul fakta kes sebelum sebutan kes. Naya hakim takde briefing untuk kes yang bakal diadili.. gitulah
Quote jalfa 28-7-2022 09:21 PM
Patut mak wan mengaku sajork seratus je kot bayar..padan ngan pompuan sihir tu kena ludah
Quote Mary_jane 28-7-2022 09:34 PM
“merupakan ibu tunggal kepada empat anak”.

Ha macam ni kan jelas. Dalam dok warning reputs tu, tetap lah juga kes nya viral kan.
Quote hzln 29-7-2022 07:59 AM
Punya la takde benda sgt nak buat, kes bodoh gini pun masuk mahkamah
Quote umbut 29-7-2022 08:22 AM
Kena ludah pun boleh masuk court ko ludah lah balik
Quote Addrianna 29-7-2022 08:45 AM
Kesian pula mak wan ni macam2 pula jadi lepas kahwin cerai hari tu.apo la ludah pun nak bawa kat court kau balas je balik bukan susah pun itu pun nak kena ajar ke
Quote eely_shana 30-7-2022 12:39 PM
Adui..makin panjang. Moga yg terbaik buat semua.
Quote awexgaban7 31-7-2022 09:20 AM
dasyatttt yaaaa....

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 07:30 PM GMT+8 , Processed in 0.106237 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top