CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Macam Samseng Marah-Marah- Abang Long Batu Pahat Dah Kena 'Angkut', Berebut Kawasan Niaga Buah Rupanya

28-7-2022 02:33 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3243| Komen: 26

BATU PAHAT – Tindakan seorang lelaki berlagak samseng memarahi seorang peniaga wanita yang berlaku di sekitar Batu Pahat sebelum video insiden itu tular sejak semalam rupanya kerana berebut kawasan berniaga.


Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, hasil siasatan ke atas video berdurasi dua minit tujuh saat yang tular itu mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah restoran di Parit Raja di sini.

Menurutnya, ketika kejadian, pengadu yang juga seorang wanita bersama anaknya menunggang motosikal menjual buah potong dari satu kedai ke satu kedai lain pada waktu malam.


“Pengadu sebelum ini menjalankan perniagaan yang sama di sekitar kawasan Tongkang Pecah sejak 10 tahun lalu bersama tiga orang anaknya berusia antara 12 hingga 17 tahun.


“Bagaimanapun, pengadu berhasrat meluaskan kawasan jajaannya hingga ke Parit Raja sebelum ditahan oleh suspek dan memarahinya dengan cara yang kasar agar tidak mengganggu kawasan perniagaan suspek,”katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Ismail berkata, susulan kejadian pada pujul 11.45 malam, 25 Julai lalu, pengadu iaitu wanita berusia 40 tahun tampil membuat laporan polis di Balai Polis Parit Raja.


Loading FB Post...

Tegasnya, lelaki yang berusia 37 tahun itu bagaimana pun berjaya ditahan dan disoal siasat, hasil siasatan mendapati suspek juga adalah seorang peniaga buah potong dan minuman.

“Suspek mengakui memarahi pengadu kerana tidak mahu pengadu menjaja di kawasan Parit Raja kerana boleh menjejaskan perniagaannya,”katanya.-CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nononcrux 28-7-2022 03:30 PM
beruk punya perangai
Quote Tinot7 28-7-2022 03:34 PM
Bideo mana?
Quote Tokeybundle 28-7-2022 03:37 PM
Tamaknya....
Quote hareeeesah 28-7-2022 03:59 PM
Patut la asik ulang tanya nk niaga lagi je nak niaga lagi ke.... rezeki Allah luas takut sgt
Quote redz85 28-7-2022 04:06 PM
gelak dulu

nasib kau lah! nasib!

nasib sendiri kena angkut
Quote rosedemon 28-7-2022 04:50 PM
padan muka ko
Quote Belibis 28-7-2022 05:10 PM
Keh keh. Luaskan kuasamu sangat..
Quote KamikuP 28-7-2022 05:13 PM
perangai sejenis bifoti yg suka cop parking
Quote xy_daen 28-7-2022 05:15 PM
Niaga buah potong pun macam gangster
Quote bakingsoda 28-7-2022 05:19 PM
Belibis replied at 28-7-2022 05:10 PM
Keh keh. Luaskan kuasamu sangat..

camceng taikucing ni ummah terbahagia yg berhijrah sbb suka merantau haa abes la kena tadah mata baca kutukan acik porem
Quote glump 28-7-2022 05:20 PM
Niaga buah potong pelam jeruk tu? Yg melambak Tak traffic light tu siap ada yg pakai kostume jual Kat traffic light ..Tak bagi org kenal ke apa . mostly tu mmg bukan orang local pun..org pantai timur sana
Quote Belibis 28-7-2022 05:24 PM
bakingsoda replied at 28-7-2022 05:19 PM
camceng taikucing ni ummah terbahagia yg berhijrah sbb suka merantau  haa abes la kena tadah  ...

Kelantam ke sis? Tak bukak bideo.
Quote Doflaminggow 28-7-2022 05:28 PM
Bukan melayu brader ni.. biasa melayu santau je.. ni mesti bangla x pon rohingya yg berlagak samseng..
Quote _blackbird 28-7-2022 05:47 PM
tapi peniaga buah mmg samseng la. meol pernah tanya harga buah berapa then meol rasa mahal & dia punya buah pon tak fresh so harga tu mcm tak berbaloi bagi meol, meol pon pilih la buah murah pastu dia marah lak, terus dia tak kasi meol beli. huhuhuu serba salah dibuatnya.
Quote _blackbird 28-7-2022 05:47 PM
tapi peniaga buah mmg samseng la. meol pernah tanya harga buah berapa then meol rasa mahal & dia punya buah pon tak fresh so harga tu mcm tak berbaloi bagi meol, meol pon pilih la buah murah pastu dia marah lak, terus dia tak kasi meol beli. huhuhuu serba salah dibuatnya.
Quote Mini.Me 28-7-2022 05:48 PM
Konon gangster...sampai balai kecut tolo dan² buat² bz call sane sini
Quote hyie 28-7-2022 06:01 PM
ek elehhhhh...petang2 makan pisang goreng cicah sambal kicap...Batu Pahat, Johor! (ala2 video tiktok)
Quote laksmanabentan 28-7-2022 06:09 PM
padah muka ko... tak pasal2 kena bayar saman...
hahahahaa.....
Quote Purplehaz 28-7-2022 06:29 PM
bukan ko penguatkuasa pun nk halang org.
Buruk nyer perangai. Acah2 nk jd samseng.
Dlm video tu rasenya jantan tu tau dia direkod..kalau tak lg naik hantu. Setakat niaga buah kat jln pun nk rebut kaw konon.



Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 04:52 PM GMT+8 , Processed in 0.045799 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top