CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Maut Dipanah Petir Di Pahang

28-7-2022 02:21 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2370| Komen: 18

TEMERLOH – Seorang lelaki maut selepas terkena panahan petir di hadapan sebuah kedai berhampiran sebuah pasar raya di Taman Sri Layang, Mentakab di sini kelmarin.


Difahamkan dalam kejadian kira-kira pukul 9 malam itu, mangsa, Enosh Kumar,32, berada di kawasan berkenaan seorang diri ketika hujan lebat sebelum terkena panahan kilat.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd. Azhar Mohd. Yusoff berkata, mangsa ditemui dalam keadaan terbaring dengan mengalami kecederaan di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.


Foto: Kosmo

“Pemeriksaan di kawasan sekitar tempat kejadian menemukan kesan panahan petir di sebatang pokok kira-kira tiga meter daripada tempat mangsa ditemukan terbaring.


“Tiada sebarang unsur jenayah ditemukan dan mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) Temerloh untuk bedah siasat,”katanya di sini hari ini.

Menurut Mohd. Azhar kes berkenaan diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan berdasarkan bedah siasat punca kematian disebabkan panahan petir.-CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote BartholomewKuma 28-7-2022 02:58 PM
Tqkziah kepada mangsa panahan
Quote mojarean_X 28-7-2022 03:04 PM
Takziah...tp negara ni mmg among tertinggi kadar lightning strike di dunia
Quote rosedemon 28-7-2022 04:49 PM
xpasal takotnya, jngnla  duk kat kwasan lapang time hujan.
Quote kakikuDibibirmu 28-7-2022 05:05 PM
Ustaz Dusuki Petirman tersenyum sinis

530077.jpg
Quote dudaberhias 28-7-2022 05:10 PM
kesiannya... rip untuk mendiang...
tapi memang bahaya hujan2 ni kita duduk dekat kawasan lapang atau terbuka... bus stop tu pun tak selamat... kalau boleh stay in door... melainkan kita pijak pada bumi...
Quote Radzor 28-7-2022 05:14 PM
Data USA. 1 in a million

About 40 million lightning strikes hit the ground in the United States each year. But the odds of being struck by lightning in a given year are less than one in a million, and almost 90% of all lightning strike victims survive.
Quote KamikuP 28-7-2022 05:14 PM
Tgh pegang henpon ke masa kene kilat tu?
Quote auntyjems 28-7-2022 05:16 PM
takziah..





Quote shernazz 28-7-2022 05:20 PM
Masa iols.dok kelana jaya...mmg kerap sangat ada kilat ni
Kekadang nak gi beli barang hujan sikit je pung...tibe kilat dia...terus.iols.dok rumah sambil tengok dinding je..
Quote Mini.Me 28-7-2022 05:51 PM
Kesiannya...aku kalau kilat petir memang tak kuar rumah laaa...pastu abis semua suiz plug ak off cabut...then tolak jauh abis segala benda besi dlm rumah...punya laa penakut
Quote gideoncross 28-7-2022 06:42 PM
dudaberhias replied at 28-7-2022 05:10 PM
kesiannya... rip untuk mendiang...
tapi memang bahaya hujan2 ni kita duduk dekat kawasan lapang atau ...

Yg iol prnh bca klau time ada guruh & kita ngam2 kat padang lapang yg xde tmpt brlindung, d nasihatkn utk squat & ttup kpala2 dgn kdua2 lengan. Elakkan dri brlindung d bwah pkok & xboleh brsandar kat dinding sbb nnti boleh trkna rnjatan. Klau brada dlm kreta, lgi bgus.
Quote fortiori13 28-7-2022 07:26 PM
Kesian mangsa
Quote I.K.A888990 28-7-2022 11:48 PM
takziah kpd keluarga mangsa
Quote pyropura 28-7-2022 11:53 PM
https://image.isu.pub/201223103111-644926177ee871498f8b99f70d791cd1/jpg/page_1_thumb_large.jpg

Quote Raline 29-7-2022 10:16 AM
selalu terfikir....mcm mana boleh kena... masa kanak2 dlu org ckp time guruh jgn pgg besi or duduk dkt pokok...
Quote Suchi 29-7-2022 10:20 AM
Kadang duk dlm umah pun rasa takut bila kilat sambar menyambar rasa mcm dia nak masuk lam umah walaupun slidding door tu dah tutup.
Quote Decaffeinated 29-7-2022 12:58 PM
harap pakar lightning strike forum masuk mencemar duli dengan tips2 berguna nak elak kena panahan petir

Quote boo05 24-11-2024 09:45 AM
Do you want me to?

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 01:42 PM GMT+8 , Processed in 0.050510 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top