Baru-baru ini, heboh di serata media sosial mengenai wanita bernama Mariam Hadid didakwa kelahiran Arab dan beragama Islam.
Ia susulan sebuah video memaparkan wanita berkenaan didakwa menghina agama Islam apabila solat dengan berpakaian kostum Ultraman lalu berlatar belakang suara mengangkat takbir. Berdasarkan tinjauan di akaun TikTok wanita berkenaan, ternyata individu itu telah lama memuat naik kandungan sedemikian yang dianggap sangat tidak wajar. Bukan itu sahaja, dia turut mengakui dirinya sebagai Nabi wanita pertama yang ditulis di ruangan ‘bio’ akaunnya itu.
Tidak berdiam diri, pempengaruh dan penyanyi, Ariz Ramli atau lebih mesra disapa Caprice tampil membidas mengenai kandungan yang ditampilkan wanita tersebut atas permohonan orang ramai. Caprice juga meluahkan rasa berang apabila tiada sebarang tindakan dikenakan terhadap video-video yang dimuat naik wanita terbabit. Sedangkan apabila Caprice berkongsi berita mengenai nasib rakyat Gaza dan Palestine, hantarannya itu akan dilabel sebagai ‘hate speech’ dan diturunkan Instagram. "Guys tolong tag, share, dan jalankan tugas," pintanya. IG Caprice Ruangan komen hantaran Caprice itu dibanjiri dengan pendapat orang ramai yang semakin bimbang terhadap keselamatan agama akibat kerap dijadikan bahan jenaka dan menghina. Sumber: Xtra
|
ADVERTISEMENT