CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kuda Rebah Ketika Bawa Pelancong Dalam Suhu 40 Darjah Celsius

28-7-2022 01:31 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3391| Komen: 46

Seekor kuda rebah ketika sedang menarik gerabak yang dipenuhi dengan pelancong di Majorca apabila pulau peranginan terkenal itu dilanda gelombang haba.

Lapor Daily Mail, orang ramai yang melalui kawasan itu merakamkan kejadian menyedihkan itu yang berlaku di bandar Palma, Majorca.


Daily Mail

Malah, kebanyakan penduduk menggesa pemandu memberikan air kepada kuda yang keletihan itu serta membantu penumpang keluar daripada gerabak berkenaan.

Kuda itu rebah pada petang Sabtu lalu di Dataran Juan Carlos I di Palma selepas bandar itu dilanda suhu panas yang mencecah 40 darjah Celsius.


Sementara itu, seorang aktivis hak haiwan, Guillermo Amengual berkata, pihaknya akan membuat aduan rasmi mengenai kejadian tersebut.

Sebelum ini, Amengual berpandangan perkhidmatan kereta kuda tunggangan harus dimansuhkan kerana ia mengeksploitasikan haiwan.



“Ia mungkin berpunca daripada strok haba atau haiwan itu tidak sesuai digunakan bagi perkhidmatan tersebut disebabkan beberapa faktor termasuk usia.

“Kami mengecam isu ini kerana ia merupakan kali ketiga kejadian serupa berlaku dalam tempoh dua bulan.

“Jadi, kami perlu tahu perkara sebenar sehingga menyebabkan kejadian itu berlaku,” katanya.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cikatilia 28-7-2022 04:40 PM
kesiannya kuda...
Quote shernazz 28-7-2022 05:27 PM
Kesian kuda
Beli unta nnt k
Quote _blackbird 28-7-2022 05:49 PM
tapi kan i pernah belajar horse riding, masa kelas tu trainer meol la kata kalau one day meol ada pet horse sendiri, hari2 mmg kena bawa kuda tu berlari kalau tak nnt kaki dia lumpuh ke tempang gitu. tapi hingga ke hari ini meol masih takda pet horse lagi.
Quote gideoncross 28-7-2022 06:07 PM
_blackbird replied at 28-7-2022 05:49 PM
tapi kan i pernah belajar horse riding, masa kelas tu trainer meol la kata kalau one day meol ada pe ...

Ni brmkna kuda buknnya sejenis binatang yg suka dduk2 je, msti tiap2 hri ada prgerakkan.
Quote _blackbird 28-7-2022 06:19 PM
gideoncross replied at 28-7-2022 10:07 AM
Ni brmkna kuda buknnya sejenis binatang yg suka dduk2 je, msti tiap2 hri ada prgerakkan.

takda la kena berlari 24 jam, but kena aktif la everyday, berlari sehari 2-4 jam, cuz berlari tu help maintain muscle & tulang kuda tu & juga sistem penghadaman. ala2 stay fit gittewww
Quote FOTHER-MUCKER 28-7-2022 06:24 PM
Kuda pun boleh kena heat stroke.
Quote Minami2013 28-7-2022 06:30 PM
_blackbird replied at 28-7-2022 09:49 AM
tapi kan i pernah belajar horse riding, masa kelas tu trainer meol la kata kalau one day meol ada pe ...

Nice info. Ingatkan mendera kuda. Rupanya part of exercise utk kuda tu maintain fit. Logik jugak la mcm kita ni kan kena sentiasa aktif nk pastikan sendi2 ni berfungsi dgn baik.
Quote _blackbird 28-7-2022 06:34 PM
Minami2013 replied at 28-7-2022 10:30 AM
Nice info. Ingatkan mendera kuda. Rupanya part of exercise utk kuda tu maintain fit. Logik jugak l ...

tapi dlm kes berita ni tak sure la sama ada kuda tu dianiaya tak jaga kebajikan dia ke mcm mana. diet kuda pon penting juga. mungkin panas sgt kot kuda pon dehydrated kalau permintaan naik kereta kuda tinggi, kerja non stop mcm lembu, kuda pon pengsan. lagi 1, kuda ni sehari ada limit juga boleh berlari & berjalan berapa kilometer, lebih dari tu kuda pon boleh kiok, kurang sgt berlari jatuh sakit pulak. ehhh leceh pulak rasa mcm bela kuda ni
Quote Minami2013 28-7-2022 06:50 PM
_blackbird replied at 28-7-2022 10:34 AM
tapi dlm kes berita ni tak sure la sama ada kuda tu dianiaya tak jaga kebajikan dia ke mcm mana. d ...

Artikel ni sebab keadaan cuaca panas sgt. Mcm kita juga lah, panas sgt pun tak tahan kan.

Menarik info. Tq for sharing. Kalo mampu, why not kan ada kuda. Senaman sunnah.
Quote _blackbird 28-7-2022 07:02 PM
Minami2013 replied at 28-7-2022 10:50 AM
Artikel ni sebab keadaan cuaca panas sgt. Mcm kita juga lah, panas sgt pun tak tahan kan.

Menari ...

mahal la cuols nak bela kuda, nak kena ada ranch, horse stable lagi, nak kena spend time grooming gosok bulu dan trim tapak kaki, kena bawak kuda kuda ku lari gagah berani lagi, pastu kuda kan jenis berkawanan. mana boleh bela dia sekor2 je kang depress pula. rumput dia pon tak murah.. kalau meol ni mcm dato megah holding takpa la juga, boleh skip golfing utk riding ahhgittewwww. business meeting kat kandang kuda
Quote ashilalat 28-7-2022 10:57 PM
_blackbird replied at 28-7-2022 05:49 PM
tapi kan i pernah belajar horse riding, masa kelas tu trainer meol la kata kalau one day meol ada pe ...

Maksud kau kuda tu berlari sendiri atau berlari dgn beban bawak org/kereta kuda?
Quote alesandra 28-7-2022 11:06 PM
_blackbird replied at 28-7-2022 07:02 PM
mahal la cuols nak bela kuda, nak kena ada ranch, horse stable lagi, nak kena spend time grooming  ...

untung la uols.aku takat layan tv series yellowstone jah
Quote I.K.A888990 28-7-2022 11:11 PM
xsanggup nk tgk video
kesian kuda tu.
Quote faraway1 28-7-2022 11:41 PM
_blackbird replied at 28-7-2022 06:02 AM
mahal la cuols nak bela kuda, nak kena ada ranch, horse stable lagi, nak kena spend time grooming  ...

My jiran ada kuda sekor, ada laman luas aje berpagar, lepas tu stable... Selalu nampak berlari lari sesekor....
Quote Orenn1 28-7-2022 11:53 PM
_blackbird replied at 28-7-2022 05:49 PM
tapi kan i pernah belajar horse riding, masa kelas tu trainer meol la kata kalau one day meol ada pe ...

Oo kira macam anjing le jugak kiranya, kena training selalu or bawak keluar go for a walk or main2 baling mainan anjing lariii ambik lari dgg bagi balik kat kita tu, klu tak cukup perhatian blh tahan anjing punya peel mcm budak. Binatang pun mcm2 peel kan sbb tu klu nak bela kena ada pengetahuan.
Quote Orenn1 28-7-2022 11:55 PM
Tak sanggup nak tgk jugak, mungkin tak jaga kebajikan betul2 kut, tgh2 panasss melampauu pulak tu kuda kena bekerja bukan setakat jalan2 biasa.
Quote Orenn1 29-7-2022 12:00 AM
faraway1 replied at 28-7-2022 11:41 PM
My jiran ada kuda sekor, ada laman luas aje berpagar, lepas tu stable... Selalu nampak berlari lar ...

Anak aku dulu masa dia kecik skit nak kuda, bukan taknak bagi tapi kawasan kita tinggal tu mcm tak sesuai ala2 kawasan pinggir bandar yg dah dekat sgtt dgn bandarr besar. Klu tinggal kat countryside sesuai lah bela kuda, budak2 kan dorg tak faham. Byk keja lagi pun bela binatang ni, lagi besar binatang lagi byk keja, berat beban, kita sendiri balik keja pun dah penat. Anjing ko apa khabar faraway?
Quote Decaffeinated 29-7-2022 12:00 AM
rindu nak naik kuda

dulu2 pernah kena humban masa riding

Quote _blackbird 29-7-2022 09:17 AM
ashilalat replied at 28-7-2022 02:57 PM
Maksud kau kuda tu berlari sendiri atau berlari dgn beban bawak org/kereta kuda?

Kuda liar lari sendiri, kuda belaan owner la ride. Yg jenis bela lebih suka ditunggang baru nak berlari, kalau dibiarkan suruh lari sendiri mana mau dia akan melepak makan daun je

Lihat semua komen(46)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 11:34 AM GMT+8 , Processed in 0.167779 second(s), 50 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top