CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kronologi Gangguan Bekalan Elektrik Di Malaysia Sejak 1992

28-7-2022 12:33 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1077| Komen: 1

Berikut adalah kronologi insiden gangguan bekalan elektrik utama yang pernah berlaku dalam negara sejak 1992.




29 September 1992

Gangguan bekalan elektrik terbesar apabila seluruh Semenanjung Malaysia 'bergelap' selama 48 jam apabila kilat merosakkan rangkaian utama di timur Malaysia, menjejaskan stesen-stesen janaelektrik di Semenanjung.

Kejadian itu menjejaskan 18 juta pengguna dan mengakibatkan kerugian perniagaan berjumlah RM220 juta.



3 Ogos 1996

Hampir seluruh Semenanjung mengalami gangguan bekalan elektrik bermula 5.18 petang menyebabkan keadaan kelam-kabut terutama di kawasan bandar.

Gangguan elektrik itu berlaku serentak di kebanyakan negeri dan dipercayai berpunca daripada kerosakan di Stesen Janakuasa Elektrik Paka, Terengganu.

Gangguan bekalan elektrik kedua terbesar berlaku itu dikenali sebagai Black Friday yang menyebabkan 'huru-hara dan kelam-kabut' di pusat-pusat bandar kerana ia berlaku pada 5.17 petang ketika pekerja dalam perjalanan pulang ke rumah.

Ramai terperangkap dalam kesesakan lalu lintas teruk dan bekalan elektrik hanya pulih pada kira-kira 8.30 pagi keesokannya.


1 September 2003

Lima negeri iaitu Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Kelantan mengalami gangguan elektrik selama empat jam sejak pukul 10 pagi sehingga bekalan dipulihkan semula pada kira-kira 2 petang.

Kejadian itu dilaporkan kerana masalah teknikal apabila talian penghantaran bekalan elektrik antara Bukit Beruntung di Rawang dan Batu Gajah di Perak terpelantik ketika kerja-kerja penyelenggaraan dijalankan.


13 Januari 2005

Gangguan bekalan elektrik berlaku pada 12.16 tengah hari pada hari tersebut telah menyebabkan beberapa negeri di selatan Semenanjung iaitu Melaka, Negeri Sembilan, Johor, Kuala Lumpur dan Selangor mengalami gangguan bekalan elektrik dan berjaya dipulihkan secara berperingkat sejak 1.40 tengah hari.

Kawasan terakhir dipulihkan ialah Kluang, Johor pada 5 petang.


27 Jun 2013

Berlaku gangguan bekalan elektrik terputus membabitkan hampir keseluruhan Sarawak termasuk Kuching yang berpunca daripada litar di talian penghantaran Kemena-Bintulu terpelantik pada 5.40 petang.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote boo05 24-11-2024 09:46 AM
Do you want me to?

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 02:43 PM GMT+8 , Processed in 0.180612 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top