CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mak Angkat Dera Alia Minta Maaf- "Memang Pukul Tapi Saya Nak Dia Makan Untuk Elak Kurang Zat"

28-7-2022 12:12 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 830| Komen: 1

KAJANG: Sepasang suami isteri yang tular mendera kanak-kanak berusia empat tahun, masing-masing dijatuhi hukuman denda RM20,000 oleh Mahkamah Sesyen Bandar Baru Bangi kerana melakukan penganiayaan sehingga menyebabkan kecederaan fizikal terhadap mangsa.


Mahkamah turut memerintahkan tertuduh, Amira Hamzah, 28, dan warga Singapura, Muhammad Fitri Jasmani Josmani, 30, dipenjara 12 bulan sekiranya gagal membayar denda.

Sebelum itu, pasangan itu mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadap mereka di hadapan Hakim, Effandi Nazila Abdullah.


Foto: Awani

Mengikut pertuduhan, pasangan itu didakwa secara bersama sebagai orang yang mempunyai pemeliharaan terhadap kanak-kanak perempuan menganiaya sehingga menyebabkan mengalami kecederaan fizikal.


Perbuatan dilakukan di sebuah rumah di Eco Majestic, daerah Hulu Langat, di sini, pada April dan jam 1.25 tengah hari pada 18 Julai lalu.

Bagi kesalahan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga 20 tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Amira yang tidak diwakili peguam turut merayu pengurangan denda dan mendakwa beliau tidak mempunyai niat untuk melakukan perbuatan mendera itu.

"Saya memohon maaf dan tiada niat mendera. Saya memang pukul tetapi saya mahu dia makan untuk mengelak dia kurang nutrisi," katanya.

Timbalan Pendakwa Raya, Hakim Amir Abdul Hamid dalam hujah pemberatan, berkata tertuduh tidak amanah dan tidak bertanggungjawab dalam menjaga mangsa.

"Kanak-kanak berumur sedemikian perlu diberi perhatian dan kasih-sayang. Kecederaan yang dialami mangsa ini berlaku pada banyak anggota badan dan bukannya di satu bahagian badan sahaja.

"Ini boleh menyebabkan trauma selama seumur mangsa. Tindakan tertuduh lebih kepada bukan mendidik namun ia satu perkara yang dianggap tidak adil dan dianggap zalim," katanya.

Sementara itu, di mahkamah sama Muhammad Fitri, turut didenda RM10,000 selepas mengaku bersalah atas pertuduhan tinggal lebih tempoh dibenarkan di negara ini di lokasi sama jam 2.30 pagi pada 22 Julai lalu mengikut Seksyen 15 (1)(c) akta imigresen 1959/63 pindaan 2002 (akta a 1154) yang boleh dihukum mengikut Seksyen 15 (4) akta sama.

Hukuman bagi seksyen itu memperuntukkan denda maksimum RM10,000 atau penjara bagi tempoh tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan sebelum ini dilaporkan berkata, siasatan awal mendapati kejadian disebabkan mangsa yang tidak suka makan nasi dipaksa untuk menelan nasi sehingga termuntah.

Mangsa dikatakan, dipukul oleh pasangan terbabit dengan menggunakan penyangkuk baju, kayu penyapu dan kadang kala dicucuh dengan pemetik api.

Kata Mohd Zaid lagi, ibu kandung mangsa adalah seorang warga Indonesia dan kelahirannya tidak didaftarkan dan tiada dokumen pengenalan diri. -CARI

Sumber: Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini

Komen Terbaru

Quote Perawankota 29-7-2022 03:34 AM
Dia founder apa yer? Umur muda LG tapi muka dah mcm ujung30an

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 09:44 PM GMT+8 , Processed in 0.033072 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top