TEMERLOH – Dua maut dalam kejadian kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Perodua Myvi dan sebuah treler di Kilometer 126 Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) 1 di sini awal pagi ini.
Mangsa yang maut ialah Tan Wee Li,39, dan Nur Susilawati Che Deraman,35, yang merupakan pemandu dan penumpang kereta jenis Perodua Myvi. Difahamkan kejadian kira-kira pukul 2 pagi itu berlaku apabila kereta jenis Perodua Myvi yang dinaiki mangsa merempuh belakang sebuah treler yang berada di lorong kecemasan. Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, bomba yang bergegas ke tempat kejadian selepas menerima panggilan pada pukul 2.47 pagi mendapati terdapat mangsa yang tersepit dalam kereta.
“Seorang lelaki dewasa dan seorang wanita dewasa yang menaiki kereta meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu treler selamat. “Mangsa yang tersepit di dalam kereta dikeluarkan menggunakan peralatan menyelamat dan diserahkan kepada pihak polis,”katanya di sini hari ini. -CARI Sumber: Kosmo
|
blastoff replied at 28-7-2022 12:19 PM
link ke artikel ni ? Tarikh artikel tak de pungg
eyansss replied at 28-7-2022 01:20 PM
Pemandu dan penumpang Myvi maut kemalangan dengan treler - Kosmo Digital
harini katanya jadi...
blastoff replied at 28-7-2022 01:26 PM
kes SADS lagi lah ni...hmmm .... dah banyak bebenor kes rempuh dari belakang kenderaan yg di letak ...
AKAZ85 replied at 28-7-2022 01:27 PM
Sads tu ape uols
eyansss replied at 28-7-2022 01:31 PM
atau microsleeps... tu yang terus rempuh tu...
blastoff replied at 28-7-2022 01:35 PM
mcm mana nak tahu mana satu ? Well, yg dok berlaku sejak 2 bulan nih banyak kemalangan ngeri style ...
eyansss replied at 28-7-2022 01:43 PM
post mortem boleh kesan rasanya bam blastoff... dan kenyataan saksi dari sorang penumpang yang te ...
blastoff replied at 28-7-2022 01:45 PM
mayat remuk yg terhentak kuat dan dihentam dahsyat ketika impak crash tu mcm mana post mortem nk p ...
ADVERTISEMENT