CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

8 Tahun Isteri Bertahan- Mak Mentua Benci Sebab Jadi Suri Rumah, Suami Bagi RM20 Je Seminggu Beli Barang Dapur Dan Belanja Anak

28-7-2022 11:13 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7380| Komen: 96

Malang nasib seorang isteri dapat suami kedekut, dapat pula ibu mentua yang suka berkira.

Hanya berbekalkan RM20 seminggu dari suami, itulah duit dapur itulah juga duit belanja anak. Lepas itu, diugut bercerai pula oleh suami.


Kisah ini telah dikongsikan sendiri oleh seorang Peguam Syarie melalui Facebook.

Gambar Hiasan: Theasianparent

Sepertimana yang dikongsikan oleh seorang wanita anak tiga yang mana ketika ini hanya mampu meluahkan rasa sedih di hati sebab tidak bernasib baik seperti isteri-isteri di luar sana.

Apabila diungkit tanggungjawab menyediakan barang dapur, suami akan naik hantu dan ugut cerai jika isteri sibuk meminta-minta. RM 20.00 sahaja dibekalkan seminggu untuk beli barang basah.



Loading FB Post...

Cukup tak agak-agak? Itulah wang belanja dapur yang isteri tersebut dapat setiap minggu. Kalau masak telur kicap, telur sambal suami akan menyindir dengan kata “RM20.00 kau masak ini saja?, baik aku lepak mamak”.

Isteri tidak bekerja selepas berkahwin sebab suami minta isteri memberi tumpuan sepenuhnya kepada rumah tangga. Jaga anak-anak. Memang suami tidak mengizinkan isteri tersebut bekerja.

Isteri tidak berfikir panjang, terus bersetuju untuk berhenti kerja dan duduk di rumah. Tiada langsung wang simpanan. Suami kata mampu tanggung.

Kini RM20.00 itulah termasuk duit poket anak sekolah.

Mentua pula bila isteri tidak bekerja, tiada gaji sendiri, tengok menantu pun dengan penuh benci. Minta beras pun, mentua suruh ganti semula ikut kiraan berapa mangkuk isteri ambil.

Setiap bulanlah isteri akan ganti semula selepas kakak kepada isteri itu beri bantuan kewangan setiap bulan walaupun tak banyak dalam RM 150.00 sebulan. Kalau tak ganti memang akan kena marah dengan suami.

Suami akan kata “pandai pinjam pandai bayar”.

Isteri tersebut sudah makan hati hampir 8 tahun perkahwinannya sampai naik malu dengan keluarga sebelah isteri dan suami. Hidup susah sebab suami kedekut sangat.

Duit habis ke mesin judi dan bayar hutang kawan-kawan suami. Harta suami memang harta suami sahaja dan tak akan berubah jadi harta isteri dan anak-anak.

Kini isteri tekad dan nekad untuk menuntut perceraian sebab sudah tawar hati dengan hubungan suami isteri ini lagi. Perkahwinan sudah jadi huru-hara.

Isteri sudah penat. Penat yang bukannya harini rehat esok sudah hilang, tetapi penat mental & emosi. Tak boleh lagi dibawa berbincang, jika didesak akan bergaduh.

Kalau isteri saja yang perlu buat segalanya, jadi sukar juga untuk isteri memberikan layanan seperti yang diharapkan. Mungkin pada pasangan lain, lain pula ceritanya.

Oleh itu, dengan membuat suatu keputusan secara berlapang dada dan menerima segala nasihat positif meyakini segala konflik dan problem pada hari ini dapat diselesaikan dengan sebaik mungkin untuk manfaat bersama yang berkepentingan dalam perkahwinan tersebut.

-Waallahu’alam. -CARI

Sumber: Facebook Peguam Syarie : Amalina Adam

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cutieslilies 28-7-2022 11:18 AM
patut tak yah tunggu anak 3..baik laa berambuss awal2..dah gerenti nafkah anak jgn haraplaa laki ni bg..so bersedialah ..
Quote namr 28-7-2022 11:23 AM
dah kenapa ko tunggu lama2 sampai keluar anak 3
Quote prettyuglybabe 28-7-2022 11:25 AM
janji berlaki..

Quote yenil95 28-7-2022 11:26 AM
macam manalah mak mertua didik anak lelakinya..

Mohon lelaki begini jangan ada zuriat.
Quote makadek 28-7-2022 11:27 AM
Ko lapar konek sgt ke sampai snggup bertahan
Bodo
Quote jalfa 28-7-2022 11:29 AM
Yg ko bebal tadah jantan hanat selama 8 taun kenapa..elok single je dekkkkk...campak 2o henggit tu kat kepala dia dgn mak dia lepas tu berambus
Quote Buritan 28-7-2022 11:38 AM
namr replied at 28-7-2022 11:23 AM
dah kenapa ko tunggu lama2 sampai keluar anak 3

Kann.. patut seminggu dah blah dahh
Quote fizamn 28-7-2022 11:41 AM
jangan purcaya drama melayu indonesia or malaysia apatah lagi spanish telenovela...... haaiissshhhh.. majoriti nak pompuan jadik pasrah ke hulu ke hilir....
Quote diss69 28-7-2022 11:44 AM
Allahu..akk pulak yg menitik air mata...syukurnya apa yg ada,kalau dngr masalah² isteri² di luar sana yg kurang bernasib baik...
Quote kaoru44 28-7-2022 12:16 PM
Ada lg tau org mcm ni..bff i kawen ngn ex suami dia kes mcm ni jgk..mak mertua kata kalau dh laki mampu bg rm 5,6 je nafkah..tu je la mampu..nak lebih keje sendiri..bila kwn i keje balik mghrib..dh mengungkit kata org lain mana bagi bini keje balik malam2..pening..nasib dh cerai..[em:12:]
Quote Thunderclouds 28-7-2022 12:42 PM
Edited by Thunderclouds at 28-7-2022 12:44 PM

Bukan cerita dongeng. my sistah awal2 kawin mmg gini la dilyn oleh mertua & laki. Smpai tahap dia yg paling chubby dlm family dh rupa tengkorak hidup. Dia senyap & xpenah mngadu apa2 kt makpak i. Yg kc pecah lobang adalah jiran dia sbb kesian sgt2 tgk kak i kna pelaku mcm tu. Time tu ank dh 2 ya & tinggal sebumbung ngn mertua. Apa lg..naik hantu la pak i. Bg kata 2 kt bil i lyn kak i leklok or pulangkn blk sbb makPak dia hidup lg. Pas kna tazkirah mmg berubah 360 bil. Long story short masih bahagia smpi la. Kadang2 bila jd makAyah@mertua sila la take action/tegur jika ank kita hidup dlm rumahtgga toxic. Jg dibiar atas alasan dh jd bini orang/dh matang pandai2 la ko. Ada masa depa pn tepu serba salah sama ada nk mngadu/bertahan.
Quote naina 28-7-2022 01:32 PM
Thunderclouds:  Edited by Thunderclouds at 28 ...



Sepatutnya lawan je jantan tak guna cmtu. Kadang2 orang laki ni memang kena gertak. Kalau ko lemah ngikut je tapi takda penghargaan baik ko berambus. Pagi tadi tengah2 sibuk2 masak sebelum KUL 11 dengan susukan anak lagi tibe ajak nak beromen. Koserrr aku nak layan. Terus aku cakap pergi clearkan belakang rumah tu.
Quote Herlina 28-7-2022 01:35 PM
Syabas cik Puan.
Lepaskan diri dari jantan keparat mcm ni.
Semoga murah rezeki dan dilimpahi rahmat Allah ke atas perempuan ni. Aameen
Quote rifaa 28-7-2022 03:33 PM
Thunderclouds replied at 28-7-2022 12:42 PM
Bukan cerita dongeng. my sistah awal2 kawin mmg gini la dilyn oleh mertua & laki. Smpai tahap dia yg ...

Bil buat apa? bawak kuar dari rumah tu ke?
ke masih dok gn mertua?
Quote mclaren 28-7-2022 03:39 PM
Cerai je lah apa yang susah sangat dah laki nya pun nak cerai.

Kau kerja jadi cashier kat suprrmarket pun rasanya lebih RM20 seminggu kot boleh spend.

Seriously tak faham kenapa ada  perempuan yang lose-lose dalam perkahwinan tapi tak angkat kaki cabut.
Quote Tokeybundle 28-7-2022 03:41 PM
Kesiannya.tp sampai bila nak bertahan.berambus jela.x pyh hadap jantan x guna mcm tu
Quote Tinot7 28-7-2022 03:45 PM
Bertahan sampai 8 tahun, anak 3?
Bior betik...
Quote Thunderclouds 28-7-2022 04:02 PM
naina replied at 28-7-2022 01:32 PM
Sepatutnya lawan je jantan tak guna cmtu. Kadang2 orang laki ni memang kena gertak. Kalau ko lema ...

Kakak i ni nok lurus bendul orgnya. Baik sgt2. Mudah dipijak2 kepala. Sbb tu la dia leh tahan xngadu apa2 walau btahun2 kna tindas ngan mertua. Kna gertak ngn pak aku br la laki dia bwk kak aku tiinggai asing. La ni dh tua kak i tu reti melawan dh bukan doormat mcm dulu  Kalo blk umah mertua dia depa naik keta asing2. Kak i tunjuk muka sat patu dia pulas stereng balik sendri
Quote namieamuro 28-7-2022 04:07 PM
Thunderclouds replied at 28-7-2022 04:02 PM
Kakak i ni nok lurus bendul orgnya. Baik sgt2. Mudah dipijak2 kepala. Sbb tu la dia leh tahan xnga ...

suke i dgr kak u jadi kuat melawan balik. lantak la nk kata ape kan

Lihat semua komen(96)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 03:25 AM GMT+8 , Processed in 0.125568 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top