CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Syukur Elektrik Pulih, TNB Mohon Maaf Dan Akan Jalan Siasatan Terperinci

27-7-2022 11:21 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 732| Komen: 0

Tenaga Nasional Berhad (TNB) memohon maaf kepada pengguna ekoran gangguan bekalan elektrik.

Berikutan itu, satu siasatan terperinci akan dijalankan bersama Suruhanjaya Tenaga (ST) bagi mengambil langkah pencegahan dan usaha penambahbaikan.

Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Baharin Din berkata, pihaknya memberikan komitmen akan terus menyediakan bekalan elektrik yang berdaya harap dengan sentiasa melaksanakan senggaraan dan membuat pelaburan bagi meningkatkan keupayaan sistem.



Katanya, keupayaan pihaknya memulihkan gangguan bekalan ekoran kerosakan salah satu peralatan Pencawang Masuk Utama (PMU) Yong Peng North, Johor adalah pelaburan besar dan berterusan bagi menaik taraf sistem dengan sokongan Suruhanjaya Tenaga dan Kementerian Tenaga dan Sumber Asli.


“Kerosakan di PMU Yong Peng North itu tidak melibatkan sebarang kebakaran dan PMU tersebut telahpun beroperasi sepenuhnya.

“TNB memberi jaminan bahawa bekalan elektrik di negara ini adalah berdaya harap dan stabil di mana gangguan bekalan mampu dipulihkan dalam tempoh segera sepertimana dibuktikan dalam kejadian gangguan bekalan di beberapa kawasan tengah hari tadi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baharin kemudian menyatakan kesyukuran di mana pemulihan dapat dilaksanakan dengan pantas ekoran hasil kecekapan pasukan teknikal TNB selain rangkaian Grid Nasional itu sendiri mempunyai ciri-ciri pintar yang memudahkan kerja pengesanan dan pemulihan bekalan.

“Kami telah dapat menyelesaikan masalah gangguan dalam tempoh wajar, malah ada kawasan yang pulih seawal 20 minit selepas terputus bekalan.

“Pemulihan bekalan dapat dilaksanakan dengan lebih cekap hasil pelaburan secara berterusan TNB memodenkan grid termasuk mendigitalkannya agar rangkaian pembekalannya lebih stabil, fleksibel dan konsisten,” katanya.

Beliau juga menjelaskan bahawa kejadian yang berpunca dari kerosakan di PMU Yong Peng North itu adalah kes terpencil dan kepantasan pemulihan bekalan menggambarkan tahap daya harap rangkaian sistem bekalan TNB. 


Sumber: UTUSAN




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 01:08 PM GMT+8 , Processed in 0.040748 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top