CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Siti Nuramira Bukan Pemegang Kad OKU - JKM

27-7-2022 11:14 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2254| Komen: 14

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mengesahkan bahawa wanita kontroversi yang didakwa menghina Islam, Siti Nuramira Abdullah bukan pemegang kad Orang Kelainan Upaya (OKU).


Menurut JKM, perkara tersebut disahkan selepas membuat semakan rekod menerusi Sistem Maklumat Orang Kurang Upaya (SMOKU).



Justeru kata JKM, pihak media diminta untuk mendapatkan pengesahan daripada JKM terlebih dahulu bagi memastikan perkara yang dilaporkan adalah sahih.



“JKM berharap laporan berkenaan diperbetulkan segera oleh pihak berkaitan bagi mengelakkan salah faham dalam kalangan masyarakat terutamanya bagi menjaga sensitiviti golongan OKU,” kata JKM dalam satu kenyataan di sini hari ini.



Terdahulu, tular infografik laporan di media sosial yang mendakwa wanita tersebut dibebaskan pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) kerana mempunyai kad OKU. 


Sumber: KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tumpanglalu74 27-7-2022 11:16 PM
Ape dosa kad OKU selalu disalahgunekan?
Quote glump 27-7-2022 11:58 PM
Ada kad oku leh dapat elaun dari jab kebajikan Dan.... selalu alasan yg digunakan untuk tutup kesilapan ie memandu lawan arus,langgar 9rang 3tc
Quote axl_bach 28-7-2022 12:06 AM
Bangang btol sapa yg percaya artikel kononnya dibebaskan dgn jaminan JAWI sbb ada kad OKU...apa kaitan JAWI dgn OKU...tu troll bangang jer tu
Quote musangbodoh 28-7-2022 03:30 AM
jawi dgn jkm gaduh....netizen di tgh2......si comedy senyum sinis
Quote jalfa 28-7-2022 08:09 AM
Oku otak.mereng ke hapa:lol
Quote Suchi 28-7-2022 08:25 AM
Keluarga dia dan kawan2 dia diam je kan, takde sapa pun yg tampil membekap mahupun mengecam.
Quote nuralisa 28-7-2022 08:33 AM
netizen kan menganjing je tu...
Quote kucingitam 28-7-2022 11:01 AM
page tu troll je,,,bodohla yg troll2 macam ni..tak pasal timbul fitnah
Quote twins 28-7-2022 11:10 AM
tumpanglalu74 replied at 27-7-2022 11:16 PM
Ape dosa kad OKU selalu disalahgunekan?

banyak gunanya title OKU ni... boleh maki hamum agung, polis, ugama, tuhan, nabi....
bogel pun boleh... bersenggama dengan kuda pun boleh ... tapi oku otak lerrrrr....
Otak Kurang Upaya....  cuba tengok semua kes maki hamun ugama islam atau nabi... semua
akan mengaku masalah mental (OKU la tu).... dan semua akan terlepassss.....
Quote renko 28-7-2022 11:24 AM
lancau2 yang suka troll pasal OKU ni xrasa dorg hina OKU yg sah ke??
Quote Decaffeinated 28-7-2022 11:41 AM
twins replied at 28-7-2022 11:10 AM
banyak gunanya title OKU ni... boleh maki hamum agung, polis, ugama, tuhan, nabi....
bogel pun bo ...

syukurlah di tanah air yang kuat menghina ni OKU. Itu pun ummah bukan main sentap.

bayangkan yang menghina ni orang2 bijak dan waras.

Quote Skuau 28-7-2022 11:45 AM
try bg penampar..tgk respon dia...baru kita boleh adili..dia oku x idok...
Quote syamzana 29-7-2022 09:22 AM
netizen pun cam celaka troll. ape kaitan dgn oku plak? sesedap rasa je tulis.
cuba tulis plak 'dibebaskan dgn jaminan jawi, merupakan b40 liberal yg sah' . mau terloncat2 b40 tak cukup space segala medsoc merempan+ummah liberal skali join skali agaknya
Quote boo05 24-11-2024 09:47 AM
Do you want me to?

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-12-2024 02:09 AM GMT+8 , Processed in 0.038532 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top