Seorag pelakon porno berkongsi perjalanannya sebagai pesakit cacar monyet menerusi media sosial. Silver Steele mendedahkan dia menghidap cacar monyet selepas berkongsi video menunjukkan lepuh tebal pada bahagian bibirnya.
Lelaki gay yang memiliki ijazah dalam bidang Biologi itu berkata, pada mulanya dia menyangka keadaannya biasa sahaja sebelum luka pada bibir menjadi semakin teruk dan berjangkit ke bahagian kaki Perkongsian video Steele tular selepas beberapa hari Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan wabak penyakit itu sebagai kecemasan global, lapor Daily Star.
"Saya fikir kes cacar monyet saya ringan. Saya kini dah dua minggu dan luka di muka saya sangat teruk. "Selain itu, cacar monyet melemahkan sistem imunisasi anda dan dalam kes saya, saya juga mengalami sakit tekak," ujar Steele, yang tinggal di Houston, Texas menerusi Twitter. Pelakon porno gay itu berkata, dia juga menangis kerana tidak tahan dengan kesakitan yang dialaminya. "Kesakitan yang saya alami membuatkan mata saya bergenang air mata dan rasa hidup ini gelap tak bercahaya," ujar Steele yang bekerja dalam industri porno sejak 2018. Dia turut menggalakkan orang ramai untuk mendapatkan vaksin cacar monyet. Sumber: mStar
|
rasa hidup ini gelap tak bercahaya
JunkMail replied at 27-7-2022 09:51 PM
Hujung2 sebenarnya nak suruh org cocok beksin lagi kannnn... Dasarrrrrr
Suchi replied at 28-7-2022 06:40 AM
Setakat ni ada ke perempuan or lelaki heterosexual yg kena cacar ni?
Suchi replied at 28-7-2022 06:40 AM
Setakat ni ada ke perempuan or lelaki heterosexual yg kena cacar ni?
ADVERTISEMENT