|
Syarikat FGV yang mengeluarkan minyak masak jenama Saji sudah boleh mulakan proses penurunan harga minyak masak berbotol.
Jika Saji turunkan harga, yang lain akan terpaksa ikut, kata Datuk Seri Najib Razak. Bekas Perdana Menteri itu berkata, harga minyak sawit sudah turun sejak awal bulan Jun ke paras awal tahun 2021 selepas Indonesia menghabiskan stok bekalan yang melimpah. Berikutan itu, harga minyak sawit jatuh separuh sejak awal bulan Jun. Namun, harga minyak masak berbotol di Malaysia belum turun.
”Ini dah masuk akhir bulan Julai. ”Harga minyak masak 5kg pada ketika ini setelah penurunan mendadak harga minyak sawit sepatutnya sudah jatuh ke sekitar RM30 bagi 5kg. Tapi masih dijual pada harga melebihi RM40. ”Takkan stok lama yang dibeli pada tempoh harga minyak sawit cecah RM7,000 masih belum habis setelah dua bulan berlalu?” katanya. Sedangkan, sebelum ini, banyak kilang minyak masak telah menghentikan pembelian buah tandan segar apabila mereka hentikan pengeluaran semasa harga minyak sawit jatuh. Menurut Najib, sekiranya kesemua pengeluar masih enggan menurunkan harga, maka Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) yang ditubuh Kerajaan Barisan Nasional semasa beliau menjadi Perdana Menteri boleh mula siasat sekiranya wujudnya usaha pakatan harga antara pengeluar minyak masak. Ujar beliau, pakatan harga adalah satu kesalahan di bawah Akta Persaingan 2010. Sumber: MalaysiaGazette |


Tinot7 replied at 28-7-2022 02:17 AM
Hat lain tu, bila nak turun rega?
rashiman replied at 28-7-2022 10:52 AM
yg lain akan terpaksa ikut jika sykt terbesar milik warga felda ini turunkan harga...
kalau tak na ...
felinecat replied at 28-7-2022 01:24 PM
felda nak cover gaji ceo, duit2 yg kene cekau..terpaksa naikkan harga lah

yenil95 replied at 28-7-2022 02:42 PM
kalaula akalnya berfungsi mcm ni masa jadi PM...

ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
6-2-2026 09:32 AM GMT+8 , Processed in 1.284229 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.