CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Polis Czech Jadikan Ferrari Kereta Peronda

27-7-2022 08:15 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1108| Komen: 1

Polis di Republik Czech pada Isnin lalu menggunakan kereta sports Ferrari 458 sebagai kereta peronda untuk mengejar kenderaan curi dan membanteras perlumbaan haram di negara itu.


Menurut polis, kereta Ferrari itu dikerahkan untuk menentang pemandu yang paling agresif di lebuh raya Czech.


Foto Policie CR

Ini bermakna ia akan digunakan untuk mencari dan mengejar kenderaan curi dan membanteras acara yang sering mengakibatkan perlumbaan jalanan berkelajuan tinggi secara haram.

Ferrari itu sebelum ini dirampas daripada penjenayah sebelum ia digunakan sebagai kereta peronda polis.


Kereta itu bernilai sekitar £150,000 (RM802,858) di pasaran.

Ia telah diubah suai menjadi salah sebuah kenderaan polis terpantas di Eropah.

Dalam satu kenyataan, Polis Republik Czech berkata, kos pengubahsuaian kenderaan itu lebih murah daripada membeli sebuah kereta Skoda baharu.


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tumpanglalu74 27-7-2022 08:21 PM
Jangan pidiarem terlior sudah..

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 10:03 AM GMT+8 , Processed in 0.037191 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top