Black, 35, merasa sangat bertuah apabila berpeluang menyanyi di depan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad apabila bertemunya secara tidak sengaja di Langkawi, Kedah.
Black atau nama sebenarnya Hanifah Muhammad Hanafiah berkata, dia tidak sangka dapat memperkenal dirinya dengan Mahathir selepas sekian lama menyanjung negarawan itu. "Ketika itu saya singgah ke kedai makan milik rakan di sana. Saya lihat ramai orang berkumpul di sana dan rupanya ada perhimpunan pemandu-pemandu Grab. Lebih mengejutkan, rupanya Tun ada di sana juga. "Saya diberitahu beliau ke sana untuk membuat kejutan. Kemudian saya ditanya sama ada mahu bergambar tak dengan Tun? Saya pun memang naklah dan teruja sebab tak pernah bertemunya sedekat itu.
"Bila duduk sebelah, orang suruh saya menyanyi sampai tersangkut-sangkut sebab gementar. Tak sangka, Tun membuat permintaan untuk nyanyi satu lagi lagu dan beliau kata suara saya sedap," katanya kepada Harian Metro.
|
Adrif replied at 27-7-2022 10:08 PM
ok, jujur je la
semua orang pikir pasal rambut dia kan
ADVERTISEMENT