CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Bijak, Cerdik Dan Dilahirkan Jantan!-Ogy Ahmad Daud Puji Eman Manan

27-7-2022 05:14 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 9590| Komen: 61

Fauziah Ahmad Daud atau Ogy Ahmad Daud, 59, bersetuju dengan pandangan ramai yang menyifatkan Eman Manan sebagai contoh pelakon ‘jantan’ di Malaysia.

Kata Ogy, ilmu persilatan dimiliki bekas suaminya itu sedikit sebanyak menjadikan dia seorang pelakon berwibawa yang dilahirkan dengan sifat kelelakian sebenar.

“Eman bijak, cerdik dan dilahirkan ‘jantan’. Dia memiliki ilmu persilatan yang dituntutnya selama 11 tahun.

“Saya amat bersetuju sekiranya ada yang meletakkan dia sebagai garis panduan bagi aktor jantan di Malaysia,” katanya.

Foto: Utusan Online

Ogy berkata demikian pada majlis sidang media teater 4 Dara Makcik Bawang di Pusat Pelancongan Malaysia (Matic), baru-baru ini.

Menurut Ogy, tanggapan Malaysia ketandusan pelakon ‘jantan’ adalah tidak benar kerana ramai aktor lelaki negara ini yang berjaya membuktikan kredibiliti tanpa meletakkan rupa paras sebagai keutamaan.

“Kita juga ada pelakon-pelakon lain seperti Beto Kusyairi, Adi Putra dan ramai lagi.

“Begitu juga Fattah Amin yang juga telah menunjukkan kematangan dalam lakonannya,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Ogy juga meluahkan kekecewaan terhadap industri perfileman dan drama tempatan yang pada masa kini meletakkan rupa paras sebagai ukuran pemilihan pelakon baik lelaki mahupun perempuan.

Katanya sistem tersebut perlu dikaji semula memandangkan fizikal seseorang bukan penentu keberkesanan lakonan seseorang aktor.

“Saya tak setuju bukan kerana mereka kacak atau cantik. Tetapi kerana itu bukan rukun untuk menjadi aktor. Di negara mana sekalipun, akademi perfileman dan drama akan mengiyakan perkara itu.

“Yang penting tentang bagaimana kita asah pelakon-pelakon ini. Bukan asal cantik dan kacak, mereka diambil dan terus dicampak ke dalam set.

“Kasihan. Terkapai-kapai mereka, tak tahu apa-apa. Sebenarnya itu tidak adil untuk pelakon-pelakon baru,” tegasnya.-CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Redmyvi 27-7-2022 05:41 PM
suka tgk eman manan.. mmg terserlah lelaki melayu yg ensem.. ciri2 dia tu dh tk bnyak kt lelaki skrg.. byk mcm kpop ja skrg..
Quote Perawankota 27-7-2022 06:10 PM
Dia mmg nampak lelaki sejati.. Tapi tu lah, sepanjang aku kenal org2 ganu ni, dorg ni ego sikit.. Yang aku kenal lah.. Yang aku tak kenal, maybe ramai je yg baik.. Kot.. Hahah..
Quote chandrahusin 27-7-2022 06:21 PM
Salute artis dulu2
Semua setel mslh syp2
Eman pun antara senior yg ada je jd lead actor drama/telemovie
Quote Rachel_Green 28-7-2022 07:35 AM
Edited by Rachel_Green at 28-7-2022 07:40 AM

iols setuju..eman manan memang nampak maskulin habis..berlakon pon best. contoh lelaki maskulin yang cool.
Quote redz85 28-7-2022 07:50 AM
eman ada anak tak?
Quote September14 28-7-2022 07:55 AM
Dlm bnyk2 jantan dia sorg je nak jd retis

Mana la ada jamtan yg nak gigih nak jd berlakon depan kamera bagai
Quote cikatilia 28-7-2022 10:00 AM
redz85: eman ada anak tak?


takde anak rasanya
Quote BanyuBiru 28-7-2022 10:05 AM
Nonton Buai Laju2 even dalam samar2 cahaya bulan di sungai pun Emang Manang nampak ceksi uolss...
Quote moonela 28-7-2022 10:09 AM

Tak ada...Eman Manan ni bagus...ambil berat masalah sekampung..Disegani orang kampung..


Kalau kat kampung memang jantan habis..

Ogy masa kahwin dengan Eman Manan dulu cantik sangatt..
Kulit putih bersih...cakap pun lemah lembut...tak sombong dengan orang kampung..
tak ada nampak sisi kedivaan ataupun lagak orang bandar...
Teringat memori masa sekolah rendah jumpa dia dan bergambar

masa tu dia baru kahwin dengan Eman Manan..
Quote tompie 28-7-2022 10:14 AM
moonela replied at 28-7-2022 10:09 AM
Tak ada...Eman Manan ni bagus...ambil berat masalah sekampung..Disegani orang kampung..

Emang ni sekang duk kampung je ke? wat keje mende??

Quote moonela 28-7-2022 10:20 AM
tompie replied at 28-7-2022 10:14 AM
Emang ni sekang duk kampung je ke? wat keje mende??

Dulu pernah lama jugak kat kampung sebab jaga ayah dia sakit..
Tapi dah arwah dah ayah dia...

Kadang-kadang ada balik kampung juga...
kalau balik kampung dia ada lepak kat kedai kopi
sembang dengan orang kampung..

Baru ni pun ada dia balik tak ingat bulan bila sebab ada nampak orang share bergambar dengan dia..


Quote marchikobonzo 28-7-2022 10:44 AM
Memang cinta mati betul dia kat eman..tak dengar dia burukkan eman lepas cerai
Quote makadek 28-7-2022 10:50 AM
Bis napa tak get back.... sama2 single kan
Quote cmf_Strawberry 28-7-2022 10:58 AM
Dua2 ni mmg pelakon fav iols. OGy ni one thing dia berlakon dgn sapa pun mesti serasi. Eman pulak tak hensem pun tapi nampak helok je. Ciri-ciri lelaki gagah yang susah nak jumpa pada guys nowadays. Akak mendoakan theyols get back together.. Sorang laki pelakon lama yang akak suka.. Yusuf Wahab.
Quote awekjepun 28-7-2022 11:00 AM
marchikobonzo replied at 28-7-2022 10:44 AM
Memang cinta mati betul dia kat eman..tak dengar dia burukkan eman lepas cerai

Abis tu kenapa la cerai.. lama kot kawin.
Quote caprut 28-7-2022 11:04 AM
Tk habes cari pelakon lelaki nmpk jantan. Nk berlakon cerita james bond ke apa ni
Quote kucingitam 28-7-2022 11:21 AM
cmf_Strawberry replied at 28-7-2022 10:58 AM
Dua2 ni mmg pelakon fav iols. OGy ni one thing dia berlakon dgn sapa pun mesti serasi. Eman pulak ta ...

ya...yusuf wahab.. aku pun suka dia...
Quote miamiot 28-7-2022 11:25 AM
tompie replied at 28-7-2022 10:14 AM
Emang ni sekang duk kampung je ke? wat keje mende??

Eman ni kalau ada job di KL dia akan stay KL , kalau tak dia balik Ganu. Ada gak terserempak 3/4 Kali dgn dia dlm lift if iols pegi visit rmh my aunt. Dia ddk satu blok dgn my aunt tp aras lain2.
Quote jalfa 28-7-2022 11:34 AM
Kak ogy rindu kegagahan bang eman ke...tua tua pon nampak perkasa chuolsss

Lihat semua komen(61)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 10:54 PM GMT+8 , Processed in 0.223598 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top