CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Guru Cabul Pelajar Bebas Dengan Jaminan Polis

27-7-2022 12:02 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1851| Komen: 3

Seorang guru lelaki yang ditahan kerana dipercayai mencabul pelajarnya di sebuah sekolah, di sini dibebaskan dengan jaminan polis.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata, pihaknya telah selesai mengambil keterangan daripada mereka yang terlibat dalam kes tersebut.



“Rakaman percakapan tersebut melibatkan guru terbabit, mangsa dan saksi yang telah selesai dilakukan.

“Beberapa dokumen sedang diperoleh untuk melengkapkan siasatan dan seterusnya kertas siasatan akan dirujuk kepada Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.


Terdahulu, pada Khamis lalu, akhbar ini melaporkan seorang guru lelaki di sebuah sekolah rendah yang berusia 48 tahun ditahan kerana dipercayai telah mencabul seorang pelajar perempuan yang berusia 12 tahun.

Guru tersebut difahamkan bertugas di sekolah sama dengan mangsa dan laporan mengenai kejadian tersebut dibuat oleh ibu mangsa pada Rabu.


Sumber: UTUSAN


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Decaffeinated 27-7-2022 03:00 PM
Cikgu tu straight kan? Next!
Quote nononcrux 27-7-2022 03:08 PM
tak cukup bukti ke
Quote boo05 24-11-2024 09:43 AM
Do you want me to?

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2026 11:43 PM GMT+8 , Processed in 0.599460 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top