CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Apa Sebenarnya Kecantikan Yang Lelaki Lihat Pada Wanita?

13-8-2015 12:55 PM| Diterbitkan: CARI-IIN| Dilihat: 10900| Komen: 29

Oleh Izzah Abbasy

Bertanya kepada setiap lelaki, apa yang mereka mahu pada seseorang wanita? Rata-rata yang berpendapat mahukan wanita yang cantik menjadi teman hidupnya. Tetapi definisi cantik berbeza pada setiap lelaki.

Semua orang tahu bahawa kecantikan itu satu nilai yang tinggi. Seorang yang mahu memilih perhiasan rumah, pasti akan dicari yang cantik. Pakaian juga begitu, nilainya pada cantik. Makin cantik, makin tinggi harganya.



Awas! Jika luaran sahaja yang cantik dan dalaman hancur, buat apa kan? Cantik dinilai dengan keseluruhannya.

  • Cantik pada nilaian seorang lelaki akan terus berubah apabila memasuki dunia perkahwinan. Dunia yang kerapkali menjadikan si cantik tidak menang dengan hanya bermodalkan cantik. Kerana itu perlu difahami dengan jelas, bahawa perkahwinan itu bukan hanya cerita dalam bilik tidur.


  • Bukan hanya pada kemanjaan, lemah gemalai, ketawa mengusik, berwangi-wangian, bersolek, berdandan dan sebagainya. Perkahwinan adalah suatu ranjau yang luas. Tidak mungkin ditempuh dengan seronok-seronok sahaja.

  • Jika sebelum berkahwin, rengekan manjanya sudah cukup menjadikan si lelaki mengalah, selepas berkahwin mungkin tidak lagi. Kalau sebelum berkahwin, berlagak comel itu dilihat sebagai comel, selepas berkahwin ia mungkin lebih ditafsirkan sebagai mengada-ngada.

  • Selepas berkahwin, cantik pada nilaian seorang lelaki bukan pada kecantikan fizikal atau luaran seorang isteri. Anda berdandanlah sehebat mana sekalipun, jika anda gagal menyelami perasaan sang suami, pada dia anda tiada erti.

  • Pandai mengurus atur rumah dan memastikan rumah anda kemas, bersih dan tersusun setiap masa, maka pada suami ia sangat bererti dan ia adalah kecantikan asli bagi wanita.

  • Malanglah kalau seorang gadis tidak kisah dengan kekemasan dirinya, kekemasan tempat tinggalnya, kemahiran membuat kerja rumahnya, kemalasan yang berakar umbi dalam dirinya dan segala perangai negatif yang lain, dengan beranggapan bahawa dia cantik, dan dia akan bahagia. Dia akan beroleh suami yang sayangkan dia dan tidak kisah dengan sikap negatif yang ada padanya.

  • Percayalah, seorang suami memang mahukan yang cantik sebagai pasangan, tetapi hakikatnya dia LEBIH perlukan yang MATANG sebagai teman. Kerana mereka menganggap isteri mereka sebagai teman, kawan dan orang yang sama-sama berperanan. Bukan model. Bukan ratu. Bukan permaisuri.

  • Bagaimana jika isteri hanya cantik, tetapi setiap lontaran suami tidak bersambut? Suami bercakap tentang perancangan keluarga, isteri hanya mengangguk dan mengiyakan. Suami bercakap tentang strategi kewangan keluarga, isteri hanya mengikut dan mengiyakan. Lama kelamaan, pertengkaran boleh berlaku. Dan waktu itu juga, cantik tiada makna.


Belajar dan terus belajar. Jangan selesa dengan kecantikan dan paras rupa, sehingga anda bodoh sombong untuk belajar dan terus ego untuk berubah. Kelak, anda sukar untuk bahagia. - CARI Infonet

11

Bagus
14

Marah
23

Terkejut
18

Sedih
18

Lawak
15

Bosan

Friends Rank (99 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote miniteratai 16-7-2015 09:06 AM
kalau suami tu cerdik, dia x pilih ppuan yg kriteria pertama lawa je

sendiri pilih sbb lawa pahtu sndr nak kutuk isteri sbb ppuan x cerdik

xde org paksa pn kawin sbb lawa
Quote ipes2 17-7-2015 08:55 PM
alah kawin match match aje..
kawin orang matchkan tanpa cinta cinta pon can work jugak, bergantung pada wife and hubby tu la samada bleh get along
kekadang cinta bertahun bila kawin tak serasi
Quote cmf_premierleag 19-7-2015 12:03 PM
Melihat kpd situasi ekonomi dunia dan ekonomi malaysia yg mcm hanjeng ni,  aku lebih prefer pasangan yg matang dan cerdik
Sbb matang dan cerdik ni yg akan membantu kita survive di kala ekonomi yg mcm hanjeng skang ni
Dgn GST, kene buang keje, kene retrenchment etc, sbb tu ramai lelaki muda zaman skang gigih tangkap pompuan2 matang mcm shahir - erra fazira, zain - che ta

Quote cmf_premierleag 19-7-2015 12:06 PM
Aku plg pantang dgn pompuan yg bongok tak reti nak bahas isu current issues, politik, ekonomi etc
Yg dia tahu hanya mekap, handbag, anak2, baju, kasut
No wonder la ramai lelaki yg makan luar sbb diorg mahukan cabaran....cabaran berdebat berhujah..itu sifat semulajadian lelaki yg matang  (unless lelaki bodoh mmg tak la)
Then ada lal bini org yg jehles..padahal laki ko dah bosan dgn ko
Quote puccafan 21-7-2015 08:05 PM
cmf_premierleag replied at 19-7-2015 12:06 PM
Aku plg pantang dgn pompuan yg bongok tak reti nak bahas isu current issues, politik, ekonomi etc
Y ...

Tapi banyak jumpa,  laki yang tak suka pompuan bijak
Quote cmf_premierleag 21-7-2015 08:17 PM
puccafan replied at 21-7-2015 08:05 PM
Tapi banyak jumpa,  laki yang tak suka pompuan bijak

Tu stok2 lelaki yg hadap dgn pompuan cantik yg x cerdik
stok2 lelaki yg cair bila tgk org cantik, nak pompuan melayu terakhir
Alih2 bila kawen, tetiba rasa isteri tu x serasi sbb x same wavelength bila berborak
Ko rasa2 suami tak cari org lain?
Bila datang dugaan dlm bentuk ekonomi yg meruncing, kene buang keje etc.....isteri kene cerdik jugak utk tolong suami cari nafkah sama2
Cantik saja mmg tade guna
Kalo dia jmpe pompuan kat luar sana yg matang dan cerdik dan boleh bantu dia keluar dr masalah, x mustahil dia bleh jatuh cinta
Quote miabebe 21-7-2015 08:36 PM
Kun anta...
Quote xtahumenahu 22-7-2015 03:08 PM
kawan lelaki aku puji sorg pompuan ni cantikkkk...
tapi just cantik laaa....still akan back to org yg dia boleh get along
Quote clarizsa 24-7-2015 04:52 PM
i'm a princess n also a queen... manja pun boleh, garang pun boleh..

rupa itu penting.. keserasian juga penting...
tiap org ada selera masing2..
Quote mayaBB 30-7-2015 04:12 PM
tapi bf maya lari sb maya tak cantik compare to gf baru die... huhu...
Quote MISZZZ 30-7-2015 05:33 PM
beauty with brain la nihh
Quote kamar22 30-7-2015 05:33 PM
Ahh lelaki....dah dpt bini cantek pn carik lg org lain buat bini muda..bkn cantek pn..
Quote Ipo 30-7-2015 10:43 PM
cmf_premierleag replied at 21-7-2015 07:17 PM
Tu stok2 lelaki yg hadap dgn pompuan cantik yg x cerdik
stok2 lelaki yg cair bila tgk org cantik, ...

Ya betul..
Perlu ada sekufu juga dalam hal memilih isteri atau suami
jika hanya bersandarkan pada rupa paras saja tapi tahap pemikiran berbeza dan komunikasi tidak 'lancar', akan pincang juga rumahtangga
tidak perlu belajar tinggi untuk jadi cerdik dan tahu kendalikan situasi/komunikasi
cukuplah jika pasangan suami isteri tu boleh berbual sesuatu topik yang sama2 boleh faham.
sebab itulah pergaulan itu penting dan pembacaan itu penting.
Quote cmf_premierleag 30-7-2015 10:46 PM
Ipo replied at 30-7-2015 10:43 PM
Ya betul..
Perlu ada sekufu juga dalam hal memilih isteri atau suami
jika hanya bersandarkan pad ...

Yup...mcm skang ni tgh kecoh psl 1MDB la, mh370 debris found la etc etc
Kalo dpt suami/bf yg mmg suka borak hal2 isu semasa, si isteri/gf kene la peka
Jgn asyik nk citer psl handbag la, kasut la, shopping kat JPO mitsui outlet bagai la
Esok2 bila laki tu cari lain, pompuan gak yg meroyan
Quote awinpj 31-7-2015 01:26 AM
puccafan replied at 21-7-2015 08:05 PM
Tapi banyak jumpa,  laki yang tak suka pompuan bijak

Lelaki yg byk awak jumpa tu yg x suka pompuan bijak...Adakah lelaki2 itu hebat? I mean guys tu Ada gud career, gud looks, highly educated? Sbb kwn2 lelaki saya yg hebat2 sume nak yg bijak dan lawa
Quote puccafan 31-7-2015 07:16 AM
awinpj replied at 31-7-2015 01:26 AM
Lelaki yg byk awak jumpa tu yg x suka pompuan bijak...Adakah lelaki2 itu hebat? I mean guys tu Ada ...

Malangnya, mereka it biasa2 adja. Haha.
Quote cik_tonggek 31-7-2015 11:39 AM
cmf_premierleag replied at 19-7-2015 08:06 AM
Aku plg pantang dgn pompuan yg bongok tak reti nak bahas isu current issues, politik, ekonomi etc
Y ...

kadang laki dia pun sama je mangkuk tandas mcm dia
match made in heaven sangat

Quote silampumeja 7-8-2015 10:01 AM
cmf_premierleag replied at 19-7-2015 04:06 AM
Aku plg pantang dgn pompuan yg bongok tak reti nak bahas isu current issues, politik, ekonomi etc
Y ...

amboi... pandai2lah didik dia jadi pandai tentang ci, politik and economy... hubungan takkan berhasil kalau asyik suka cari kelemahan , pastu pegi cipta kesilapan lain plak (makan luar)... laki ke pompuan masing2 ada lebih and kurang...salinglah melengkapi dlm tiap kekurangan tu... laki makan luar semata2 bini tak tahu nak bebual hal yang laki tahu is so pengecut!
Quote silampumeja 7-8-2015 10:05 AM
cmf_premierleag replied at 21-7-2015 12:17 PM
Tu stok2 lelaki yg hadap dgn pompuan cantik yg x cerdik
stok2 lelaki yg cair bila tgk org cantik, ...

hakikatnya teman jiwa dan teman mata tu berbeza kan...

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 04:46 PM GMT+8 , Processed in 0.057050 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top