Zaki Yamani yang baru-baru ini menyampaikan lagu Kekasih Awal Dan Akhir dalam sebuah majlis mendapat kritikan netizen kerana dikatakan cuba meniru penyanyi asal iaitu bapanya sendiri, Datuk Jamal Abdillah.
Zaki, 16, yang membaca komen dilemparkan netizen mengakui terkesan dan menyebabkan dia rasa kurang yakin dengan diri sendiri.
"Saya baca komen yang diberikan dan ada yang kata saya cuba jadi seperti ayah. Malah, ada yang melihat gaya berjalan dan pegang mikrofon pun sama seperti dia.
"Ada sedikit rasa insecure dalam diri apabila orang cakap sebegitu. Jika nak dibandingkan, ayah memang lebih hebat dan saya pun tak tahu bagaimana gaya dia yang sebenar.
"Kalau boleh, saya tak mahu dibandingkan dengan ayah kerana sejak awal melibatkan diri dalam industri, saya memang mahu serlahkan diri sendiri," katanya kepada mStar.
Zaki sebelum ini menjadi jemputan kelab peminat Ruhainies untuk membuat persembahan ketika sambutan ulan tahun pelakon berkenaan pada Isnin.
Mengulas pembabitannya dalam program Ceria Popstar Xtra, Zaki terpaksa berpuas hati apabila hanya bertahan dua minggu sahaja di pentas berkenaan.
Walaupun terkilan, Zaki meneruskan usahanya untuk membina nama sendiri untuk cuba menyertai lebih banyak program realiti dan meletakkan Big Stage sebagai sasarannya sebelum berusia 19 tahun.
"Minggu pertama program saya memang tidak sihat dam ketika itu juga ada rasa takut untuk bertanding. Ada rasa terkilan sebab tersingkir awal tapi saya percaya rezeki di tempat lain.
"Saya tidak akan serik untuk sertai lebih banyak program seleoas ini dan saya sasarkan untuk masuk Big Stage," katanya. - CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My