CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Kaki Bengkok, Rawat Lubang Luka Hari-Hari- Bad Indigo Harap Cepat Sembuh, Nak Pakai Kaki Palsu

26-7-2022 05:28 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4650| Komen: 28

Bad Indigo yang menjalani pembedahan memotong semua jari kaki kiri akibat diabetis pada Mac tahun lalu memberitahu keadaan kakinya itu sedikit bengkok dan tidak berada pada kedudukan normal.


Bad berkata, bahagian kaki yang dipotong juga mengalami lubang dan perlu sentiasa dirawat supaya tidak mengalami sebarang jangkitan kuman.

Foto: IG

"Masalah kaki saya sekarang ini apabila dah dipotong bahagian depannya kaki saya jadi bengkok. Malah terdapat lubang terbaharu yang memerlukan saya merawatnya setiap hari supaya luka itu cepat sembuh.

"Setakat ini semuanya okey, cuma saya perlu berjaga-jaga supaya tiada jangkitan kuman pada bahagian lubang terbabit," katanya kepada Harian Metro.




Menurut Bad, dia ada bercadang untuk memakai kaki palsu namun bukan dalam tempoh terdekat ini.

"Memang ada perancangan itu tapi saya kena pastikan lubang dan luka sembuh sepenuhnya. Kemudian saya kena belajar berjalan terlebih dahulu.



"Selepas itu barulah saya akan menempah apa yang patut untuk memudahkan saya berjalan. Tapi mungkin bukan dalam waktu terdekat ini," katanya yang kini bergantung kepada kerusi roda elektrik untuk bergerak. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Belibis 26-7-2022 08:48 PM
Try la rawat dengan air rebusan daun ketum.rendam tempat luka,tampal daun yang direbus kat kaki tu.
Quote makciktijah 27-7-2022 07:07 AM
dulu masa memuda makcik minat Bad ni pastu kawan-kawan makcik ejek, cakap Bad ni juling sebab tu sentiasa pakai spek hitam.

dah tua ni baru sahih tak juling sebab dah tak pakai spek hitam.
Quote asfaz 27-7-2022 07:37 AM
Belibis replied at 26-7-2022 08:48 PM
Try la rawat dengan air rebusan daun ketum.rendam tempat luka,tampal daun yang direbus kat kaki tu.

Yepp betul. Arwah mil ai buat cmni. Hmpir setahun tapak kaki tu berlubang bila cuba ketum alhamdulillah lama2 bercantum cntik. Tp arwah mil minum ,sikit je .
Kalau Bad ni,lubang kat tapak kaki sgt la leceh ye. Sentiasa basah aje sb kuar air. Kalau dah bukak  balutan kena tukar baru,tak boleh guna lama. Kena rajin bersihkan sendiri. Klinik pergi ikut jadual dia kasi.
Quote lasagna 27-7-2022 12:18 PM
ohh ye ke air rebusan ketum dan daun tu boleh merawat? haaaa baru tau..
Quote Belibis 27-7-2022 03:58 PM
lasagna replied at 27-7-2022 12:18 PM
ohh ye ke air rebusan ketum dan daun tu boleh merawat? haaaa baru tau..

Betul..sedara aku memang sentiasa ada stok daun..dah ramai datang berubat dengan dia.
Quote pembacagosip 27-7-2022 04:02 PM
Moga baik2 sahaja semuanya. cepat sembuh dan terus kuat semangat ye
Quote ezacbee 27-7-2022 04:17 PM
Boleh tanam daun ketum ke?
Quote doubleA 27-7-2022 04:23 PM
Makin teruk ke kaki bad, harap kawal makan juga. Adik iols operate due to diabetic pun makan makanan berpantang nak bagi luka cpt sembuh. Apapun gws bad
Quote kessah 27-7-2022 04:51 PM
Pantang makan betul2. klu gula maintain ok, luka kaki pon akan mkin okay. Tapi memang makan masa. semoga bad cpt sembuh ye . jgn putus doa & semangat.
Quote naina 27-7-2022 05:00 PM
Kenapa ya setahun tak kering2 luka tu? Sebab tak jaga makan langgar pantang ke? Mak mertua iols dulu ada luka juga kat kaki kena minyak panas melepuh besar kat betis. Kemudian ada bisul kat belakang badan. Tapi jaga makan makan minum daun2 herba alhamdulillah sembuh elok takda dressing2..
Quote lasagna 28-7-2022 08:22 AM
Belibis replied at 27-7-2022 03:58 PM
Betul..sedara aku memang sentiasa ada stok daun..dah ramai datang berubat dengan dia.

tu laa ni baru tau.. sok lusa tau dah laa kot2 sape trkena bleh inform laa cara daun ni.
Quote Nenasketum 28-7-2022 11:25 AM
Yang video pakai filter tu, kemain licin mukanya, dah nak rupa boboi Tun Mahathir la pulak
Quote anony-mous 28-7-2022 11:40 AM
asfaz replied at 27-7-2022 07:37 AM
Yepp betul. Arwah mil ai buat cmni. Hmpir setahun tapak kaki tu berlubang bila cuba ketum alhamdul ...

Allahu susahnya. Baca cerita uols insaf sekejap sbb mcm leceh betul nk jaga
Quote anony-mous 28-7-2022 11:41 AM
Lg 1 boleh try IF & EF rasanya
Quote asfaz 28-7-2022 12:00 PM
lasagna replied at 27-7-2022 12:18 PM
ohh ye ke air rebusan ketum dan daun tu boleh merawat? haaaa baru tau..

Boleh tapi jangan terover minum. Mcam arwah mil ai dia minum sikit aje macam suku gelas cmtu walaupun jiran yg bgi daun tu suruh minum banyak. Arwah mil ai takut nak minum banyak2 takut ketagih. Lepas ok,terus stop minum air tu
Quote haruslah 28-7-2022 12:49 PM
Ai terbaca komen kat fb berita bad ni
Ade sorang sabahan (kalo x silap)
Suh lumatkan umbut pisangyg paling dalam
Pastu balut kat kaki yg luka. Kerap tukat umbut tu...
Quote silampumeja 28-7-2022 01:19 PM
makciktijah replied at 26-7-2022 11:07 PM
dulu masa memuda makcik minat Bad ni pastu kawan-kawan makcik ejek, cakap Bad ni juling sebab tu sen ...

dia agak hensem rupa tapi maaf lainnya tak hensem..hahahah
Quote AshkieLa 28-7-2022 02:23 PM
lasagna replied at 27-7-2022 12:18 PM
ohh ye ke air rebusan ketum dan daun tu boleh merawat? haaaa baru tau..

a ah.. yg meols tau pun mcm gitu la.. tapi yg rebus sendiri la.kawan meols la tunjuk aritu hasil kejadian sbb husband dia ade diabetic. memang elok turun.
tapi semua dia rebus sendiri jadi air la bukan yg dah siap jual2 under radar tu..
just kena cari supplier daun tu je. sbb dia seram juga yg jual2 ni takut dah campur memacam utk kasik high.
Quote black_handbag 28-7-2022 02:39 PM
lasagna replied at 27-7-2022 12:18 PM
ohh ye ke air rebusan ketum dan daun tu boleh merawat? haaaa baru tau..

mana nak dpt daun ketum ni? ayah i ade kencing manis. nak try buat sbb tgk kaki ada luka yg lambat nau nak sembuh

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 10:02 PM GMT+8 , Processed in 1.175528 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top