CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bapa Tergamak Jual Tiga Anak Albino Untuk Dijadikan Korban Ritual Sihir

26-7-2022 04:42 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1559| Komen: 2

Maputo: Bapa ditahan ketika mahu menjual tiga anaknya yang albino untuk digunakan dalam ritual ilmu sihir ditangkap di Mozambique, menurut polis pada Isnin.

Polis di wilayah barat laut Tete berkata, tiga individu itu berusia antara sembilan sehingga 16 diselamatkan pada hujung minggu selepas mendapat maklumat awam.

Ketika kejadian, polis turut menahan pak cik kepada tiga beradik itu.


Gambar Hiasan

Pasangan itu dipercayai mahu menjual kanak-kanak bawah umur berkenaan ke negara jiran, Malawi, di mana mereka boleh dijual pada harga A$40,000 (kira-kira RM178,000), kata jurucakap polis tempatan Feliciano da Camara dalam satu sidang media.


Kedua-dua lelaki itu menafikan pembabitan dalam kes berkenaan.

"Siasatan dijalankan dan berkemungkinan untuk menyelamatkan ketiga-tiga individu bawah umur itu... dari kurungan," kata Camara

Albinisme, disebabkan oleh kekurangan melanin, pigmen yang memberi warna kepada kulit, rambut dan mata, adalah anamoli genetik.

Beberapa negara di rantau sub-Sahara merekodkan kes membabitkan serangan terhadap individu albino.

Bahagian badan individu albino dicari untuk digunakan dalam ritual ilmu sihir kononnya untuk mendapatkan tuah dan kekayaan.

Pada 27 Jun lalu, mahkamah di Malawi menjatuhkan hukuman penjara 30 tahun terhadap seorang paderi Katolik dan hukuman penjara seumur hidup berikutan kes pembunuhan seorang lelaki albino. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Omai 26-7-2022 05:12 PM
semuanya sebab duiiiittt duuuiiittt duuuiiiittt
Quote sehirkedi 26-7-2022 11:19 PM
Edited by sehirkedi at 26-7-2022 11:25 PM

Kejam.. Elok dibunuh je orang jahat camni. Jgn biarkan hidup. Kat Nigeria dorang culik orang dewasa dan ambil bahagian badan untuk ritual pemujaan setan. Banyak orang dewasa yg hilang. Pihak berkuasa diam je bila keluarga mangsa hilang buat laporan. Ada kes yg kantoi, siap ada kilang melapah lagi. Yg teruknya, penduduk tempatan dah buat laporan sebab asyik dengar suara orang menjerit melolong2, tapi polis cakap takde papelah. Jadi penduduk kampung pun ingat ok lah. Pekara ni berlanjutan selama lebih 10 tahun. Akhirnya kantoi sebab kehilangan sorang pembawa motosikal.
Boleh rujuk : house of horror Ibadan
[youtube]JT3y8ZTgrtY[/youtube]

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-10-2024 03:33 AM GMT+8 , Processed in 0.027076 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top