CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Dah Potong Hidung,Telinga, Jari- Sekarang Nak Potong Kaki Untuk Jadi Mahkluk Asing Hitam

26-7-2022 04:37 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4115| Komen: 53

PARIS – Seorang peminat tegar tatu di Perancis mahu memotong sebelah kakinya untuk merealisasikan impian bergelar ‘makhluk asing hitam’, lapor akhbar Mirror UK.


Dalam usaha ke arah itu, Anthony Loffredo, 33, sudah memotong hidung, kedua-dua telinga dan dua jarinya. 

Bibir atas Loffredo juga hampir dibuang sepenuhnya sehingga menyebabkan dia sukar untuk bercakap. 

Loffredo juga mempunyai banyak implan pada bahagian bawah kulitnya. Badannya pula hampir sepenuhnya bertatu hitam, begitu juga bola mata lelaki itu.


Foto: IG


Penagih pengubahsuaian badan itu juga telah membelah lidah dan melubangi bibir bawahnya.

Bercakap dalam audio siar (podcast) Club 113, Loffredi menceritakan bagaimana dia sukar mencari pekerjaan kerana penampilannya yang dianggap melampau.

Apabila ditanya sama ada dia pernah menyimpan mana-mana bahagian tubuhnya yang dipotong, dia berkata: “Telinga saya, kawan saya menyimpannya.”

Lelaki itu juga menyimpan bibirnya yang dicabut selepas beberapa pembedahan pada mulutnya.

Loffredo kerap menyiarkan imej dia mencucuk lidahnya yang bercabang kepada 1.2 juta pengikut di Instagram. Lelaki Perancis itu kini mahu memotong sebelah kakinya. 

Dalam temu bual podcast baru-baru ini, dia menceritakan mahu memotong sebelah kakinya dari paras lutut ke bawah.

“Saya masih mempertimbangkannnya kerana saya mempunyai sepasang kaki yang sihat dan amputasi adalah sesuatu yang besar,” kata Loffredo. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tomiko_haza 26-7-2022 05:15 PM
yihhh kenapa ko nih...eh alang2 kepala taknk potong kehh
Quote Tinot7 26-7-2022 05:24 PM
apa rupa dia sblm operate nih?
awat dia jadi mcm ni?
Quote uori 26-7-2022 05:27 PM
Tinot7 replied at 26-7-2022 05:24 PM
apa rupa dia sblm operate nih?
awat dia jadi mcm ni?

rupa macam mamak2 sket. motif aku tauuu?

tadi aku jenjalan kat IG dia, lawak baca komen netijen dan dia sukalah acah2 nak taknak tayang anu, bongok tau
Quote Tinot7 26-7-2022 05:34 PM
uori replied at 26-7-2022 05:27 PM
rupa macam mamak2 sket. motif aku tauuu?

tadi aku jenjalan kat IG dia, lawak baca komen net ...

eeww.. anu pun nak tunjuk? eeww sgt..
Quote uori 26-7-2022 05:38 PM
Tinot7 replied at 26-7-2022 05:34 PM
eeww.. anu pun nak tunjuk? eeww sgt..

sebab tulah ada orang komen, kalo nak jadi alien sangat, potonglah anu sebab alien takde anu
Quote Bedah.Cun 26-7-2022 05:41 PM
Dah hader roper nak jadi burok. Dasar jantan bengong ugh
Quote Decaffeinated 26-7-2022 05:41 PM
uori replied at 26-7-2022 05:27 PM
rupa macam mamak2 sket. motif aku tauuu?

tadi aku jenjalan kat IG dia, lawak baca komen net ...

warna anu bukan petunjuk warna kulit asal sebab ada ja orang cerah tapi anu gelap. Motif aku pun tau

Quote uori 26-7-2022 05:51 PM
Decaffeinated replied at 26-7-2022 05:41 PM
warna anu bukan petunjuk warna kulit asal sebab ada ja orang cerah tapi anu gelap. Motif aku pun t ...

kenapa kau boleh tau dan kenapa kau bagitau aku
Quote naina 26-7-2022 05:55 PM
Dah potong kang menyusahkan orang nak pimpin kau.
Quote namieamuro 26-7-2022 05:55 PM
nk potong, potong jela. biar die rase tak berkaki. sibuk nk jd alien sgt kan. ade pulak duit die nk operate hodoh begitu
Quote batmana 26-7-2022 05:56 PM
hak asasi punya psl
serupa je cm spesis lbgtqrstu  tu

potong sana sini, tempel sana sni
psl terasa diri tu lain jantina

yg dia ni terasa diri tu lain spesissakit jiwa semuanya  


Quote batu kikir 26-7-2022 05:56 PM
Eloklah potong kedua-dua belah kaki tu.  Jadi OKU.  
Quote kaoru44 26-7-2022 06:53 PM
Pelik2 lah perangai..dh sempurna tubuh badan buat mcm tu plak..apa motif dia??
Quote arm_band 26-7-2022 06:53 PM
uori replied at 26-7-2022 05:51 PM
kenapa kau boleh tau dan kenapa kau bagitau aku

kahkahhh terhibur baca komen korang

takde keje tapi banyak pulak duit heshe ni nak potong sana sini
Quote esbok 26-7-2022 06:58 PM
antu tengok pun confuse, rupa sama, tapi mcm tak sama alam. eh mati dalam mati
Quote Babai 26-7-2022 07:35 PM
Kenapa tak potong je semua yang boleh dipotong?
Quote che-cikL 26-7-2022 07:40 PM
Banyak duit ya nak buang utk jadi binatang?

Kata susah nak dpt kerja, mana datangnya income dia? Drp contents ke?
Quote Carcosa 26-7-2022 08:13 PM
Kau dah buat itu ini, lepas tu nak merentan sukar mendapat pekerjaan
Then ada hatimu nak potong kaki. Abuden? Ko ingat lepas tu lagi senang ke nak dpt kerje?
Senang2 kau buang je otak ko terus Alien ada otak ke? Mungkin takde. Hah buang otak ko
Quote Meiizu 26-7-2022 08:16 PM
Ada plak duit operate sana sini

Lihat semua komen(53)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 10:27 PM GMT+8 , Processed in 0.119460 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top