Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatudin Al-Mustafa Billah Shah memohon maaf kepada Pengerusi Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS) Pahang yang dipanggil polis kerana didakwa menghina baginda menerusi ciapan di Twitter yang telah dipadamkan.
Menerusi Instagram Story, Tengku Hassanal memuat naik satu pesanan peribadi kepada Noor Jehan Abu Bakar dan berkata baginda terlewat untuk ke sebuah acara kerana mengalami masalah kesihatan. "Saya memohon maaf kerana terlambat untuk acara itu. Saya tidak sihat pagi itu dan terpaksa mengambil beberapa langkah berjaga-jaga untuk keselamatan semua orang. "Saya sangat menghargai masa dan keprihatinan anda, terima kasih," tulisnya. Baginda juga telah meminta polis untuk menghentikan siasatan ke atas Noor Jehan. Terdahulu, Noor Jehan dalam satu ciapan menulis bahawa Tengku Hassanal dan pegawai berpangkat tinggi lain telah lewat dua jam untuk Program Pemulihan Ekosistem Zon Penampan – acara penanaman pokok di Pantai Chenor, Kemaman, Terengganu pada 18 Julai. Difahamkan, dia telah disoal siasat dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 500 dan 500(b) Kanun Keseksaan kerana kenyataan berunsur fitnah serta Seksyen 233 Akta Multimedia dan Komunikasi 1998. Pertuduhan pertama membawa hukuman penjara sehingga dua tahun, denda, atau kedua-duanya jika sabit kesalahan, manakala kedua membabitkan penyalahgunaan rangkaian komunikasi membawa hukuman penjara maksimum setahun, atau denda sehingga RM50,000. Noor Jehan kemudian menjelaskan bahawa dia tidak berniat untuk memfitnah sesiapa dan sebaliknya melepaskan kekecewaannya kerana terpaksa menunggu selama dua jam untuk program itu dimulakan, sambil menambah bahawa dia keliru mengapa dia disiasat kerana dia hanya berkongsi pengalamannya dengan pengikut Twitter. - CARI Sumber: The Star
|
esbok replied at 26-7-2022 04:39 PM
untuk majlis2 gini, takde ke pegawai yang in charge utk inform status? kalau kata VIP ada masalah ke ...
makita replied at 26-7-2022 05:37 PM
Dahulu kala, 2015 zaman abegong mendonia bantu gali kubur rakyat jelata...pakai slipar dgn jubah put ...
becir replied at 26-7-2022 05:04 PM
Semuanya otak mati sis, xleh pikir.
ADVERTISEMENT