CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Liat' Sangat Nak Turunkan Harga, Kerajaan Tetapkan Harga Maksimum Minyak Masak Botol

26-7-2022 01:41 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2444| Komen: 3

Penjualan minyak masak botol akan ditetapkan mengikut harga maksimum, tertakluk kepada perincian Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), kata Tan Sri Annuar Musa.


Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi itu berkata, keputusan itu diambil memandangkan pengeluar minyak masak berbotol masih liat untuk menurunkan harga, biarpun harga minyak sawit telah turun.


Gambar hiasan/Harian Metro

Katanya lagi, alasan penjual bahawa mereka perlu mengekalkan stok pada harga tinggi kerana ia dibeli sebelum harga minyak sawit turun tidak boleh diterima sama sekali.

"Jawatankuasa telah membuat keputusan, di mana kerajaan akan mewartakan harga minyak masak botol mengikut kaedah undang undang sedia ada, dengan penentuan harga maksimum bagi minyak masak dalam botol.

“Dan ini akan dibuat dengan perincian tertentu oleh KPDNHEP, dan menetapkan tarikh bila ia akan diwartakan. Dan setelah diwartakan, minyak masak dalam botol akan mempunyai harga maksimum yang akan ditentukan dari semasa ke semasa, berdasarkan harga pasaran minyak sawit mentah dunia,” katanya lagi.

Annuar berkata demikian kepada sidang media, selepas selesai mempengerusikan Mesyuarat Pasukan Jihad Khas Tangani Inflasi di Bangunan Parlimen, pada Isnin.

Mengulas lanjut, Annuar berkata, jawatankuasa berpendapat kenaikan dan penurunan harga minyak masak tidak bersubsidi tidak boleh dibuat dengan terlalu berasaskan untuk mengekalkan margin keuntungan tinggi.

“Kalau sewaktu harga minyak rendah, dijual dengan harga mahal, sudah tentu ada keuntungan di situ, dan apabila harga minyak sawit (mentah) dunia turun, sepatutnya turun segera.

“Kerana tak berlaku, undang-undang sedia ada bolehkan KPDNHEP mewartakan barangan keperluan tertentu dengan kaedah penentuan harga maksimum,” katanya lagi.

Oleh kerana permintaan kerajaan dua minggu lepas untuk pengeluar menurunkan harga tidak dilayan, Annuar berkata, undang-undang sedia ada membolehkan pewartaan itu dilakukan.

Katanya lagi, jawatankuasa menjangkakan ia dapat dilaksanakan dalam tempoh seminggu lagi.


Sumber: AWANI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote musangbodoh 26-7-2022 02:09 PM
naik x bising...bila nk turun ko bantah ini mmg lan cincau btol
Quote kakikuDibibirmu 26-7-2022 02:12 PM
Barokah Indonesia haramkan eksport minyak kelapa sawit, terus Malaysia jadi negara pengeksport minyak kelapa sawit nombor satu dunia untuk kegunaan 8 biliyon ummah manusia
Quote krustykrab 26-7-2022 02:12 PM
Eh cincau..boleh tak ko sekat segala subsidi dari jatuh kt tangan warga asing dulu?

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 04:27 PM GMT+8 , Processed in 0.049310 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top