Baru setahun jagung, dah gatal nak kahwin! Sudah banyak kali berita mengenai pelajar sekolah mendirikan rumah tangga disajikan kepada kita.
Ekoran itu, kerajaan Terengganu melarang perkahwinan antara lelaki berusia 18 tahun ke bawah dengan perempuan berusia bawah 16 tahun kecuali dengan hanya mendapat kebenaran hakim syarie. Bagaimanapun, netiznen jijik melihat respons ditinggalkan pada ruang komen hantaran Harian Metro yang dikongsikan semula di Twitter @pedoqpop. Menurut individu itu, tidak salah untuk mereka di bawah umur berkahwin jika sudah mempunyai pekerjaan selain mendakwa umur 12 tahun juga sudah baligh, jadi tidak perlu menunggu lama.
Individu terbabit merasakan pihak atasan tidak sepatutnya menghalang satu kebaikan dan ini merupakan jalan penyelesaian untuk membendung maksiat. Namun, rata-rata warga maya merasakan pandangan individu berkenaan tidak masuk akal memandangkan umur 12 tahun masih terlalu muda untuk seseorang mendirikan rumah tangga dan memikul tanggungjawab sebagai pasangan suami isteri. Netizen juga berpendapat, mereka yang mengamalkan perkahwinan bawah umur ini tidak matang kerana hanya memikirkan keseronokan dan terlalu mengikut trend. Dalam masa sama, ada yang meluahkan rasa kecewa melihat generasi muda ketika ini terlalu memikirkan soal perkahwinan hingga lupa dan mengabaikan pelajaran. Walhal, itulah yang dapat menentukan masa depan mereka. Sumber: BeautifulNara
|
twins replied at 26-7-2022 06:37 AM
zaman toknek kita dulu yg perempuan kawin bila baligh.. umur 13 tahun dah kawin opah aku dulu..umur ...
kakikuDibibirmu replied at 26-7-2022 01:48 PM
Kalu 12 tahun terlalu muda, Saidatina 'A-isyah yang berumur 6 tahun tu lagi hazabannar nak kena hant ...
kakikuDibibirmu replied at 26-7-2022 01:48 PM
Kalu 12 tahun terlalu muda, Saidatina 'A-isyah yang berumur 6 tahun tu lagi hazabannar nak kena hant ...
dua_chzy replied at 26-7-2022 03:35 PM
Takda matang sangat orang dulu2 tu sebenarnya. Cuma takda pendidikan terpaksa la kawin awal sebab ...
dua_chzy replied at 26-7-2022 03:35 PM
Takda matang sangat orang dulu2 tu sebenarnya. Cuma takda pendidikan terpaksa la kawin awal sebab ...
ADVERTISEMENT