|
Lelaki mencipta kelainan dengan memandu kereta kebal ke pasar raya bersama anak-anaknya bagi membeli barangan keperluan rumah, lapor akhbar Mirror UK kelmarin.
Gary Freeland berasal dari Wiltshire, England sering memandu jentera tentera berharga £20,000 (RM106,817) itu sambil ditemani anaknya, Freddie, Phoebe dan Harrison. Freeland berkata, kereta kebal itu adalah alasan terbaik bagi memujuk anak-anaknya untuk turut membantu ketika membeli-belah.
“Anak-anak akan menawarkan diri jika saya memberitahu mahu ke pasar raya kerana mereka tahu, saya akan memandu kereta kebal itu. “Anak-anak berpendapat ia sesuatu yang hebat kerana tiada seorang pun rakan mereka yang berpeluang menaiki kereta kebal tentera,” ujarnya. Menurut Freeland, dia perlu membelanjakan hampir £800 (RM4,272) bagi mengisi penuh tangki minyak kereta kebal tersebut yang bersaiz 400 liter. Sumber: Kosmo
|
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
6-2-2026 06:20 PM GMT+8 , Processed in 0.387689 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.