Oleh Izzah Abbasy
Siapa yang tak suka dengan gula-gula? Kalau masa kecil dahulu, sanggup simpan 20 sen untuk beli gula-gula selepas habis persekolahan mahupun mengaji al-Quran. Kadang-kadang siap bawa pergi sekolah lagi. Biasanya, kita akan beli di kedai runcit berdekatan rumah dan harganya sangat murah ketika itu. Gula-gula ini amat popular sekitar 80-an dan 90-an dan masih boleh didapati sehingga ke hari ini.
"Tora datang lagi". Suka dengan iklan Tora. Tora dan Ding Dang berisi bebola bersalut coklat tetapi biasanya dibeli oleh kanak-kanak kerana mainan yang didapati secara percuma dengan pembeliannya. Tambahan pula pengiklanannya bagus. Siapa ingat suara latar Pak Cik Mat Sentul untuk iklan televisyen gula-gula ini? Gula-gula Arnab Putih
Gula-gula import dari China ini enak kerana rasa susu, tetapi disyaki mengandungi bahan berbahaya dan ditarik dari dijual dari pasaran beberapa tahun lepas. Gula-gula Udang Isi dalamnya diperbuat dari gula merah, disaluti susu dan sehelai kertas yang boleh dimakan, diperbuat dari beras. Nyam nyam! Gula-gula Tablet atau Susu Juga dikenali sebagai gula-gula susu atau ubat kerana rupanya yang berbentuk tablet. Gula-gula ini memiliki perisa susu yang kemudiannya dibezakan dengan perisa tambahan, antaranya ros, coklat, jagung dan kelapa. Gula-gula Sugus Gula-gula Sugus dikenali kerana ia boleh dikunyah dan kenyal. Terdapat pelbagai perisa buah seperti oren, strawberi, mangga dan anggur. Iklan Gula-gula Sugus ini tidak ketinggalan kerana ia masih mengiklankan di kaca televisyen sehingga kini. Gula-gula Bendera Pasti anda biasa melihat gula-gula ini bukan? Dikenali kerana bendera Malaysia, gula-gulanya terletak di ruang kosong dalam pemegang bendera. Rasanya seperti gula standard, sedikit rasa coklat dan disaluti pelbagai warna. Apabila tiba bulan kemerdekaan, banyaklah gula-gula bendera ini terjual. Nini Coklat Celup "Nini coklat celup. Celup, celup, celup". Siapa tahu nyanyi lagu ni? Satu bekas ini mengandungi beberapa batang biskut yang boleh dicelup dalam coklat cair dan boleh terus dimakan. Trevor t-Drops Yang ini agak mahal, jadi agak jarang juga dapat dibeli ketika kanak-kanak. Ia terdiri dari gula-gula keras pelbagai perisa buah yang disaluti serbuk gula. Besar kemungkinan glukos. Rasanya masam manis. Sedap. Bubble-gum Yang ini boleh dikunyah, menghasilkan perisa buah dalam mulut dan bila sudah cukup dikunyah, boleh ditiup menjadi belon. Juga biasa panggil gula-gula getah.
Kenangan lalu, jika diimbau terlalu banyak untuk dikongsi. Tidak seperti hari ini, kanak-kanak dan remaja tidak berpeluang merasai seperti kita dahulu. Pengalaman lalu sentiasa segar hingga ke anak cucu. - CARI Infonet |
16
Bagus |
6
Marah |
7
Terkejut |
5
Sedih |
9
Lawak |
8
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
iznanaziz replied at 7-7-2015 02:34 PM
betul.
ada lagi...gula2 cincin...korang ingat tak?
iznanaziz replied at 7-7-2015 02:39 PM
sapa suka makan gula2 ni?
gula2 asam?
gambar yg kedua tu...asam bulat2 tu
ADVERTISEMENT