Wanita yang dipenjarakan kerana merogol dua remaja lelaki bawah umur, kini mencari rakan menerusi video di aplikasi TikTok.
Miriah Vanlith, 43, menjalani hukuman penjara sehingga 10 tahun di Penjara Idaho Selatan kerana merogol remaja berumur 14 dan 17 tahun pada 2018, lapor Mirror. Wanita pedofilia itu seolah-olah tidak serik apabila berani membuat 'penampilan semula' di TikTok pada 8 Julai lalu walaupun sebelum ini dia didapati bersalah kerana menyalahgunakan Snapchat dan Facebook bagi tujuan tidak bermoral. Terdahulu, dia memuat naik lapan rakaman video di aplikasi TikTok sehingga berjaya meraih 33,000 pengikut.
Difahamkan, banduan boleh menggunakan sistem dikenali JPay untuk menghantar emel dan video kepada masyarakat luar, namun tidak diberi akses untuk media sosial. Justeru, akaun tersebut berkemungkinan dicipta individu lain dan telah disekat sementara waktu. Sumber: mStar
|
ADVERTISEMENT