CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Terjun Dari Kereta Bergerak Lepas Gaduh Dengan Bini

26-7-2022 09:52 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3293| Komen: 36

Tular sebuah insiden melibatkan kenderaan sewa persendirian (PHV) apabila seorang penumpang lelaki melompat keluar dari kenderaan tersebut, dikatakan berpunca daripada pertengkaran dengan isterinya.


Menerusi posting asal dikongsikan pengguna Facebook yang mengakui dirinya sebagai pemandu kenderaan tersebut, penumpang lelaki itu yang menaiki PHV bersama isterinya tiba-tiba melompat keluar dari kereta bergerak.



Posting itu juga menceritakan bahawa pasangan itu pada mulanya bergaduh sebelum lelaki berkenaan tiba-tiba melompat keluar secara mengejut, dalam kejadian di Cluny Road, Singapura.

“Penumpang melompat keluar dari kereta yang sedang bergerak selepas bergaduh dengan isterinya. Malang hari saya!!! Grrrrrr,” tulisnya.




FB SGRV

Sebuah ambulans juga turut dilihat dalam salah satu gambar dan tangan serta kaki lelaki itu dilaporkan cedera berikutan kejadian itu.

Seperti yang dilaporkan oleh AsiaOne, Polis Singapura mengesahkan bahawa mereka menerima panggilan kecemasan di Cluny Road, lokasi berlakunya insiden tersebut pada pukul 8.55 pagi, Sabtu..




FB SGRV

Polis tempatan juga mengesahkan bahawa lelaki berusia 28 tahun itu dibawa ke hospital dan kemudiannya ditahan di bawah Seksyen 7(1) Akta Penjagaan Kesihatan Mental (Penjagaan dan Rawatan) 2008.

Selain itu dia juga dirujuk ke Institut Kesihatan Mental untuk penilaian psikiatri berikutan tindakan luar kawalan itu.

Sehingga kini, tidak pasti apa punca sebenar yang menyebabkan lelaki itu melompat keluar dari PHV yang sedang bergerak itu.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Decaffeinated 26-7-2022 10:07 AM
Kalau yang melompat keluar tu driver barulah best
Quote shernazz 26-7-2022 10:11 AM
Dia ingat GTA ke apa
Quote MissyMolly 26-7-2022 11:32 AM
shernazz replied at 26-7-2022 10:11 AM
Dia ingat GTA ke apa

Gta tu mender chuols koh2 tiberrr blurrr
Quote star_karat 26-7-2022 12:36 PM
Laki dah tak boleh tahan bini punya merungut complain tak habis2. Sampai otak mereng layan bini punya pasal. Dah bagus dia tak hempuk mulut bini. Atau tolak keluar keta tengah bergerak.
Quote shernazz 26-7-2022 01:54 PM
MissyMolly replied at 26-7-2022 11:32 AM
Gta tu mender chuols koh2 tiberrr blurrr

Grand theft auto
Game ni mmg tak.masuk akai punya..
Hahahahha....
Ada treler boleh lompat langkau hiway ado...
Tp iols tak pernah.main
Quote me12345 26-7-2022 01:57 PM
Dah x tahan mulut isteri kot...jd depress
Quote MissyMolly 26-7-2022 03:01 PM
shernazz replied at 26-7-2022 01:54 PM
Grand theft auto
Game ni mmg tak.masuk akai punya..
Hahahahha....

Owh gittew. Gamers rupanyeh chuols koh2... gto iols taw ler. Rembesss
Pengaruh tgk drama tv kut main terjun2 kenderaan tgh bgerak
Quote MissyMolly 26-7-2022 03:06 PM
shernazz replied at 26-7-2022 01:54 PM
Grand theft auto
Game ni mmg tak.masuk akai punya..
Hahahahha....

Owh gittew. Gamers rupanyeh chuols koh2... gto iols taw ler. Rembesss
Pengaruh tgk drama tv kut main terjun2 kenderaan tgh bgerak
Quote mawarika 26-7-2022 04:27 PM
Singaporean ni mmg byk otak mereng. Terbukti lepas keluarnya dr kandang memasing.. kalau malaysian tak payah ckp la..
Quote Flake123 26-7-2022 05:24 PM
Dulu kat tempat keje aku byk cainis guys bujang terlajak. They said nak cari bini melayu sebab bini cina mata duitan and garang
Quote Tinot7 26-7-2022 05:29 PM
Flake123 replied at 26-7-2022 05:24 PM
Dulu kat tempat keje aku byk cainis guys bujang terlajak. They said nak cari bini melayu sebab bini  ...

deme sanggup ka masuk Islam?
Quote Flake123 26-7-2022 05:34 PM
Tinot7 replied at 26-7-2022 05:29 PM
deme sanggup ka masuk Islam?

Entahlah sebab bila iols blah deme masih bujang terlajak
Quote felinecat 26-7-2022 06:21 PM
kt malaysia pon ade mcm ni kan, bila viral cakap kene rasuk
Quote kepompong 26-7-2022 06:33 PM
MissyMolly replied at 26-7-2022 03:01 PM
Owh gittew. Gamers rupanyeh chuols koh2... gto iols taw ler. Rembesss
Pengaruh tgk drama tv kut  ...

gto apa pulak
Quote Tinot7 26-7-2022 08:17 PM
Flake123 replied at 26-7-2022 05:34 PM
Entahlah sebab bila iols blah deme masih bujang terlajak

Hmm.. bau ikan sgt.. ntah2 gayah...
Quote Babai 26-7-2022 09:10 PM
Video mana?
Quote MissyMolly 26-7-2022 09:36 PM
kepompong replied at 26-7-2022 06:33 PM
gto apa pulak

Koh2.. ni zmn2 Jdrama mendonia yach..
Great ticer onizuka
Kalau chuols tataw citer nih maksudnyeh chuols bebi lagi xpon xlahir lagik kowt
Iols is fossil
Quote shernazz 26-7-2022 09:37 PM
MissyMolly replied at 26-7-2022 03:01 PM
Owh gittew. Gamers rupanyeh chuols koh2... gto iols taw ler. Rembesss
Pengaruh tgk drama tv kut  ...

Gto tu iols sukaaaaa
Best gila
Tak miss sabtu 6petang di tv3 kan.
I loike
Quote MissyMolly 26-7-2022 09:42 PM
shernazz replied at 26-7-2022 09:37 PM
Gto tu iols sukaaaaa
Best gila
Tak miss sabtu 6petang di tv3 kan.

Koh2... kan. Sexy la ittew hero.. ada jugek yg sezmn dgn iols
Suria baja hitam pn hensem utk meols masa sek ren koh2

Lihat semua komen(36)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 09:11 PM GMT+8 , Processed in 0.074322 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top