Usahawan sensasi, Nursajat berpendapat kanak-kanak yang dijaga sama ada anak yang dikandung atau sebaliknya merupakan amanah yang perlu dijaga dengan baik.
Menyatakan rasa rindu terhadap dua anak kembar yang pernah dijaganya sebelum ini, Sajat yang kini menetap di Australia akui rasa sedih apabila melihat berita mengenai anak-anak kecil yang dipukul. “Saya rindu anak saya. Bila tengok anak kecil kena pukul, rasa sedih sangat. Minta minta anak tu dilindungi. “Adik dan abang (anak angkat)…. Ummi rindu. Nanti kita jumpa yer sayang. Kadang orang yang sempurna belum tentu boleh menjaga anak anak istimewa,” tulisnya menerusi Instagram.
Dia pada masa sama meminta ramai untuk tidak menghakimi sesiapa sahaja yang mampu menjaga kanak-kanak dengan baik. Terdahulu, Sajat pernah mencuri perhatian ramai apabila mengambil anak angkat yang merupakan pasangan kembar, Syahmi dan Syaza sejurus mereka dilahirkan ibu kandung. Sumber: Media Hiburan
|
ADVERTISEMENT