|
Empat termasuk pesakit maut dalam satu kemalangan membabitkan ambulans yang terlanggar laluan di sebuah plaza tol di India, baru-baru ini.
Polis mengesahkan kejadian itu berlaku di Karnataka Uttara Kannada dekat Bhatkal ketika ambulans terbabit membawa pesakit dari bandar Honnavar ke Kundapur. "Kemalangan itu berpunca apabila pemandu hilang kawalan sebaik tiba di plaza tol dan melanggar sebuah lubang sebelum kenderaan itu berpusing. "Pondok tol itu turut mengalami kerosakan akibat kemalangan itu manakala kakitangan plaza tol itu cedera dan dirawat di hospital.
Memetik portal Gulf News, isteri kepada pesakit itu juga meninggal dunia dalam kemalangan terbabit. Seorang daripada individu dalam ambulans itu dilaporkan meninggal dunia di hospital akibat parah. Kesemua mereka yang maut masih belum dikenal pasti. Dalam pada itu, visual kemalangan yang dirakam kamera litar tertutup (CCTV) tular di media sosial dan meraih pelbagai reaksi netizen. Sumber: Harian Metro
|
sukacactus replied at 26-7-2022 10:36 AM
Lembu pya pasal tp elok je dia xkena apa2
Haiwan mulia diorang kan

eizarz replied at 26-7-2022 10:12 PM
nyawa manusia lagi berharga dari nyawa lembu.....
eizarz replied at 26-7-2022 10:12 PM
nyawa manusia lagi berharga dari nyawa lembu.....
supernaturalee replied at 26-7-2022 10:56 AM
bendera India sato!!!!!!!!!!
Dahla mmg tak pakai seatbealt kn kat dlm tu, kalau staff tu tgh attend to the patient 
Ujung2, lembu yg tgh chill2 tu, selamba jalan and said "Not my problem" 
naina: Dah tengok Ritu..memang laju g ...
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
7-2-2026 04:37 AM GMT+8 , Processed in 0.042122 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.