CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pencuri kembali pulangkan jam tangan palsu

26-7-2022 09:05 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1180| Komen: 1

Seorang lelaki yang menyangka berjaya mencuri seutas jam tangan mewah milik pelancong di bandar Trieste, Itali memulangkan aksesori tersebut selepas mendapati ia sebenarnya barang tiruan, lapor akhbar The Sun.


Berdasarkan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV), dua pelancong dari Switzerland dilihat sedang duduk di meja makan sebuah kafe di Piazza Unita d’Italia, apabila pencuri tersebut datang dari arah belakang.


Newsdaily Nigeria

Lelaki berkenaan secara tiba-tiba mengacukan pistol ke arah dua pelancong tersebut yang membuatkan mereka melompat bangun dari tempat duduk.

Pencuri tersebut dengan pantas mengambil jam tangan yang diletakkan di atas meja sebelum melarikan diri.


Newsdaily Nigeria

Tidak lama selepas itu, dia dilihat datang kembali ke arah meja dua pelancong yang sama dan berkata sesuatu sambil memulangkan jam tangan itu sebelum berlalu pergi.

Video itu dimuat naik di media sosial oleh seorang ahli majlis daerah Europa Verde di Campania, Francesco Borrelli.



Pencuri tersebut menyangka jam yang dicuri daripada jenama Richard Mille yang berharga antara £20,000 (RM106,764) hingga berpuluh-puluh juta pound. 


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote boo05 24-11-2024 09:37 AM
Do you want me to?

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 04:32 AM GMT+8 , Processed in 0.033534 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top