Lama mengharungi badai rumah tangga, Rossa Sera dalam temu bual bersama Gempak bagaimanapun mengakui masih menyayangi suaminya, pelawak Shuk Sahar.
Namun jelasnya, rasa sayang itu terbatas sebagai teman semata-mata. "Memang saya sayang Shuk... Tapi itulah, hanya kawan jelah macam tu. Tiada rasa lain," katanya kepada Gempak. Sera juga tidak dapat memberi jawapan pasti apabila ditanya sekiranya dia sudi menerima kembali Shuk seandainya dia menunjukkan kesungguhan untuk bersama.
"Saya tak tahu lagi… dalam masa ni tak boleh jamin apa-apa untuk satu tahun ni. Mungkin tidak kot… macam tu lah,” katanya yang mengakui memendam rasa terhadap suaminya sejak empat hingga lima tahun lalu. Bagaimanapun, Sera tidak tergamak memisahkan anak-anak dengan bapa mereka dan memberi kebebasan kepada Shuk untuk bertemu. “Anak-anak ada dengan saya. Tapi Shuk sudah menetap di Pulau Pinang. Jadi, apabila Shuk berada berhampiran Kuala Lumpur, dia boleh sahaja melawat anak-anaknya. “Jujurnya, saya tiada masalah Shuk bertemu dengan zuriat kami. Saya juga tidak hadkan sesi pertemuan mereka bersama,” katanya lagi. Yang bermain di benak fikiran ramai sehingga kini adalah status terkini pasangan itu. Namun, Sera atau nama sebenarnya Rossalennah Natassyiah Asshafera masih mengunci mulut sama ada masih bergelar isteri Shuk atau sebaliknya. - CARI
|
makadek replied at 26-7-2022 08:55 AM
Dia ni siyape
black_handbag replied at 26-7-2022 11:17 AM
eh muka dia sama dgn syuk.. skrg dah makin berisi, nampak cantik dari dulu. mungkin sbb makin bahagi ...
redz85 replied at 26-7-2022 02:36 PM
hujung minggu lepas, syuk ada kat singapore.. jual sabun..
gerai dia tak ramai yang singgah.. ...
ADVERTISEMENT