Adira dalam satu temu bual bersama Harian Metro mendedahkan tiada perancangan menambah anak lagi selepas ini.
"Saya sudah ada anak perempuan dan lelaki, Alhamdulillah. Saya pun dah tak kisah kalau tak mengandung lagi selepas ini sebab perancangan saya nak beranak sebelum umur 30. Tapi, terlepas lagi satu selepas umur 30. Alhamdulillah ini tetap rezeki, tapi mungkin setakat empat ini saja Insya-Allah. "Saya memang tidak ada perancangan itu sebab saya bersalin pun semuanya 'czer', jadi mungkin setakat empat saja yang mampu. Selepas ini saya akan sibuk untuk membesarkan mereka saja. Biar kecil serentak, biar besar serentak," katanya kepada Harian Metro.
Adira atau nama sebenarnya Siti Adira Suhaimi yang mengesahkan mengenai kehamilan anak keempatnya yang memasuki usia kandungan tujuh bulan mengakui suka anak ramai. "Saya anggap semua ini rezeki. Terus terang saya memang suka anak ramai. Saya suka ramai-ramai di rumah," ujarnya. Berkongsi mengenai kehamilannya ketika ini, Adira bersyukur segalanya dipermudahkan. "Alhamdulillah, usia kandungan sudah masuk tujuh bulan. Pada mulanya saya memang tak mahu berkongsi lagi, tapi lama-lama orang tahu juga. Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan dan mengandung kali ini pun macam sebelum ini juga. Tidak ada alahan teruk, makan okay dan masih boleh bekerja. "Cuma mungkin saya rasa disebabkan faktor umur. Tahun ini saya sudah 31 tahun, jadi ada rasa penat sikit berbanding awal-awal dulu. Kalau dulu mungkin masih muda, tapi sekarang sudah 31 tahun. Jadi, bezanya tenaga itu lain daripada mengandungkan anak nombor satu, dua dan tiga sebelum ini.
|
Anamia replied at 25-7-2022 06:34 PM
Doktor bg pulak ye anak2 rapat semua czer. Biasa 3 czer pun doktor bising ikat terus kalau rahim tak ...
ADVERTISEMENT