CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Cekup Pelancong Duduk Atas Bumbung Vellfire, Polis Buru Pemandu Honda Civic Putih Pula

25-7-2022 04:01 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2199| Komen: 14

Polis menahan seorang pelancong tempatan yang berkelakuan tidak senonoh apabila duduk di atas bumbung sebuah kereta pelbagai guna (MPV) di pulau pelancongan ini, baru-baru ini.


Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata, lelaki berusia 25 tahun itu ditahan kira-kira pukul 7 petang sebaik sahaja tiba pekarangan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, di sini kelmarin.


Aksi seorang pelancong tempatan yang berkelakuan tidak senonoh ketika berkunjung ke Pulau Langkawi.

“Suspek direman bermula semalam selama tiga hari bagi siasatan lanjut di bawah Seksyen 21, Akta Kesalahan Kecil 1955 kerana mabuk dan berkelakuan tidak senonoh di tempat awam,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.


Pada Khamis lalu, akhbar ini melaporkan polis sedang mengesan lelaki terbabit sebaik sahaja menerima maklumat selepas insiden lelaki berkenaan duduk di atas bumbung Toyota Vellfire yang disewa.

Siasatan awal mendapati lelaki berkenaan dan rakan-rakannya merupakan pelancong tempatan yang berkunjung ke pulau berkenaan untuk bercuti telah keluar dari Pulau Langkawi ketika gambar-gambar aksinya tular di media sosial.

Gambar dikongsi pengguna media sosial memaparkan aksi lelaki tersebut yang ‘bersidai’ melalui sunroof sebuah kereta mewah berwarna putih yang mengundang kemarahan warganet terutama pengusaha kereta sewa kerana khuatir ia merosakkan struktur bumbung kenderaan terbabit.

Sementara itu dalam kejadian berasingan, Polis Langkawi sedang mengesan pemandu kereta yang terlibat insiden dikejar sebuah kereta peronda polis di sekitar Kuah di sini malam tadi.

Shariman berkata, anggota peronda polis yang sedang melakukan tugasan rondaan ternampak sebuah kereta jenis Honda Civic berwarna putih dalam keadaan mencurigakan.

“Polis mengarahkan kenderaan tersebut untuk berhenti, namun pemandunya enggan memberikan kerjasama dan memecut laju menghala ke Kampung Padang Lalang, Kuah sebelum membuat pusingan di sekitar Kuah dan melarikan diri,” katanya.

Menurutnya, kereta tersebut kemudiannya dikesan di hadapan sebuah sekolah di Kisap tanpa pemandu dan dibawa ke Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Langkawi untuk pemeriksaan lanjut.

Shariman menyatakan, siasatan awal mendapati pemilik berdaftar kenderaan tersebut telah menjual kereta tersebut tetapi belum menukar nama pada dokumen pendaftaran kenderaan.

Tambahnya, pembeli kereta tersebut sedang dalam tahanan polis sejak 17 Julai lalu dan disiasat di bawah Seksyen 39A (2) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Kes ini pula disiasat di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan,” katanya.

Terdahulu, tular di media sosial dua klip video berdurasi 9 dan 20 saat dikongsikan di Langkawi Hari Ini (LHI) melalui laman Facebook yang menunjukkan aksi sebuah kereta Honda Civic dikejar peronda polis.


Sumber: UTUSAN


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote esbok 25-7-2022 04:45 PM
kalau sangkut kat wayar ke pokok ke....
Quote DayangKirana 25-7-2022 04:53 PM
ni skali dengan geng mandi pool penuh dengan canned beer kan? perangai estet..
Quote shernazz 25-7-2022 04:56 PM
Kalau ikutkn kegunduan tu
Mmg boleh terjejas struktur..
Lain la janna nick ke...
Quote tumpanglalu74 25-7-2022 05:32 PM
Dataran_Lang_2018_(cropped).jpg
Quote imransulaiman 25-7-2022 09:14 PM
Mau tak rosak vellfire tu kalau fizikal gedabak gundu macam tu!
Quote matbad 25-7-2022 10:46 PM
Kejar mengejar dihadapan muka ku
Quote Perawankota 26-7-2022 04:04 AM
Jahanam kereta sewaaa
Quote kakigebang 26-7-2022 04:07 AM
bagi lagi sewa inap desa dgn sewa velpaer dekat unggel.. mendapatla
Quote mojarean_X 26-7-2022 06:34 AM
tumpanglalu74 replied at 25-7-2022 05:32 PM

Nape x de bendera kedah?
Quote nononcrux 26-7-2022 08:35 AM
perangai estet btl
Quote s@s@ 26-7-2022 08:36 AM
buat hal kat langkawi, mana nak lari? yang civic tu pun, polis suh benti gigih lagi nak lari. dah la rupa macam tu rare kt langkawi, mmg kejap je la kena cekup
Quote KamikuP 26-7-2022 10:38 AM
iTU SBB kebanyakan pengusaha homestay dan pusat pulau oelancongan di pantai timur rejek geng estet nih.. sindri mau ingat la deyy
Quote Simunggu 26-7-2022 10:59 AM
pelancong dari china, korea & jepun selalu buat hal....apa boleh buat kita miskin perlu duit mereka
Quote boo05 24-11-2024 09:37 AM
Do you want me to?

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 01:48 PM GMT+8 , Processed in 0.064944 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top