CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tangkap Gambar Dan Selesaikan Masalah Zakar Secara Online

25-7-2022 03:03 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 737| Komen: 0

Sebuah firma kesihatan di Singapura membangunkan satu aplikasi kesihatan yang membolehkan kaum lelaki membuat pemeriksaan alat sulit secara online, lapor laman Coconut News.


Aplikasi HeHealth yang dilancarkan baru-baru ini adalah untuk membantu mengesan penyakit kelamin hanya dengan melihat gambar alat sulit pesakit yang dimuat naik di laman web tersebut.

Aplikasi ini menggunakan kecerdasan buatan (AI) untuk menyaring penyakit kelamin atau STD dan menjawab semua persoalan mengenai masalah kesihatan lelaki tanpa pendedahan identiti pesakit.


GoodyMY

“Menyelesaikan masalah zakar, cara baharu,” umur firma tersebut dalam iklan online.


Firma itu mahu orang ramai berhenti membuat diagnosis sendiri dengan menaip masalah di laman Google dan mula mendapat nasihat sebenar kepada soalan berkaitan STD yang dijawab oleh pakar kesihatan bertauliah.

Apa yang perlu dilakukan adalah memuat naik foto alat sulit dan HeHealth akan menyaringnya dan mengenal pasti simptom yang dikaitkan dengan keadaan seperti jangkitan kulat, STD dan juga kanser zakar.

Aplikasi ini direka untuk menghapuskan stigma mencari diagnosis profesional untuk penyakit kelamin.

Jenama itu mengatakan binaan AI aplikasinya mempunyai kadar ketepatan 90 peratus untuk mengenal pasti jenis STD.

“Bukan sahaja di Singapura tetapi di kebanyakan negara, STD banyak dikaitkan dengan stigma. Stigma ini sering menjadikan pesakit STD cenderung mempercayai ‘diagnosis orang ramai’ yang selalunya tidak tepat dan tidak boleh dipercayai,” kata Ketua Pegawai Eksekutif HeHealth, Yudara Kularathne.

Aplikasi ini tidak memerlukan pengguna menyenaraikan butiran peribadi seperti nama, nombor telefon, e-mel atau alamat mereka. 

Ia juga menjanjikan ruang selamat di mana orang ramai boleh berhubung tanpa nama dan mendapatkan sokongan tanpa rasa takut daripada komuniti menyokong.

Ciri yang akan dilancarkan tidak lama lagi termasuk bercakap dengan doktor secara peribadi melalui perkhidmatan tele-kesihatan jika gejala dikesan.

Aplikasi ini telah diuji secara langsung 18 bulan sebelum pelancaran rasminya pada akhir April dan telah menjalankan lebih 1,000 analisis AI setakat ini.

HeHealth adalah sebahagian daripada program inkubasi Universiti Pengurusan Singapura dan sedang bekerjasama dengan Universiti Nasional Singapura untuk menjalankan lebih banyak penyelidikan bagi membangunkan platform tersebut. 


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 11:29 AM GMT+8 , Processed in 0.106013 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top