|
Gara-gara terlupa sedang memanaskan minyak untuk menyediakan sarapan, seorang warga emas berhadapan detik cemas apabila dapur gasnya terbakar dalam kejadian di Kampung Baru Tampin, pagi ini.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tampin, S. Dullasi Nathan berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian pada pukul 8.54 pagi dan tiba di lokasi empat minit kemudian. “Kami segera memadam kebakaran dan berjaya menyelamatkan rumah satu setengah tingkat itu daripada musnah terbakar.
"Warga emas berusia 73 tahun ini berada di rumah seorang diri manakala anak-anaknya pula bekerja di luar. "Pagi ini, dia memanaskan minyak di dapur namun terlupa, apabila tersedar kebakaran sudah berlaku. “Warga emas ini cuba memadamkan api, namun gagal dan meminta bantuan jiran. Jiran segera menghubungi kami bagi membantu memadam kebakaran berkenaan,” katanya hari ini. Dullasi berkata, dianggarkan kebakaran berlaku sekitar 10 peratus di bahagian dapur tersebut. Sumber: UTUSAN |















jazaa100 replied at 25-7-2022 03:20 PM
Pakai induction cooker je....
Klu panas sgt dia off sendirim.....

kakikuDibibirmu replied at 25-7-2022 03:24 PM
Pakai induction cooker je....
Klu panas sgt dia off sendirim.....

ultra78 replied at 25-7-2022 09:57 PM
Pakai Grabfood aje...















kakikuDibibirmu replied at 25-7-2022 10:06 PM
@aechae boleh lah order GrabFood hari-hari,andartuduit berkepuk-kepuk { ...















krustykrab replied at 25-7-2022 06:10 PM
Induction cooker ni kalau guna lama sgt dia off sendiri, lps tu bukan boleh nk letak kuali yg bias ...

ultra78 replied at 25-7-2022 09:57 PM
Pakai Grabfood aje...

kakikuDibibirmu replied at 25-7-2022 10:06 PM
@aechae boleh lah order GrabFood hari-hari,andartuduit berkepuk-kepuk { ...

ultra78 replied at 25-7-2022 11:38 PM
Aku hampir 3 tahun pakai induction cooker. Apa yg aku perasan adalah nak menggoreng dan merebus tu ...
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
9-2-2026 08:34 AM GMT+8 , Processed in 0.655009 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.