CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wartawan Cuba Bunuh Diri, Tertekan Dikecam Menangis Ketika Melaporkan Pembunuhan Abe

25-7-2022 02:42 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1678| Komen: 9

Seorang wartawan China cuba membunuh diri kerana tertekan dengan kecaman teruk diterima daripada rakyat negaranya selepas beremosi ketika melaporkan berita pembunuhan Shinzo Abe.


Zeng Ying dikritik netizen China di media sosial selepas menangis teresak-esak ketika laporan langsung kematian Abe yang juga bekas perdana menteri Jepun, awal bulan lalu.


The Independent

Wanita itu juga didesak memohon maaf kerana dianggap tidak profesional apabila menunjukkan emosi peribadi secara terbuka dan mengguriskan perasan orang ramai.

DDBK, syarikat diasaskan Ying berpangkalan di Tokyo berkata, wanita itu mengalami 'penderitaan fizikal dan psikologi yang mendalam', lapor South China Morning Post.


Berdasarkan perkongsian di Weibo, China menganggap Abe sebagai tokoh yang memecahbelahkan dan lebih tidak disukai apabila melawat Yasukuni, kuil yang menghormati mangsa perang Jepun, termasuk mereka yang melakukan jenayah perang di China.

Ramai netizen China menganggap emosi ditunjukkan Ying ketika siaran langsung untuk rangkaian media Shanghai, The Paper sebagai 'tidak profesional' dan 'tidak patriotik'.



"Saya bingung melihat awak menangis. Adakah awak orang China," tulis pengguna Weibo yang ditujukan kepada Ying.

Pengguna lain pula memberi komen, "Anda menangis kerana sayap kanan Jepun yang tidak menghormati sejarah penjajahan China, seorang Jepun yang tidak menghormati orang China!"

Awal minggu lalu, rakan Ying, Chen Lan berkongsi nota bunuh diri yang didakwa ditulis wartawan itu di akaun Weibo miliknya serta mengesahkan Ying dimasukkan ke hospital.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote zarulnazmi 25-7-2022 04:22 PM
China akan sentiasa berdendam dengan Jepun.
Quote dua_chzy 25-7-2022 04:42 PM
zarulnazmi replied at 25-7-2022 08:22 AM
China akan sentiasa berdendam dengan Jepun.

Selayaknya. Jangan lupa Jepun itu kijam gimana zaman perang. Kat Malaya dan Borneo pun banyak buat onar.
Quote Bedah.Cun 25-7-2022 05:47 PM
Kiranya cina macam plastisik kot, jepun tue macam isroel. Yang cina kat sneh tak patriotik sebok jadi wumao PRC tue pulak macam hapa?
Quote whimsicalmusic 25-7-2022 05:51 PM
Yg aku dgr cuma ‘why should we buy the gold disc not the purple disc..’ hahahah
Quote batmana 25-7-2022 06:06 PM
nk dendam smpai bila?

melayu juge pemaaf, rileks je kawin org jepun

bangsat racist je pkiran cmni
Quote intan244 25-7-2022 09:46 PM
korean yg tua2x pon x suka jepon.
Quote kakikuDibibirmu 25-7-2022 09:50 PM
Akak cuma suka hentai jepun jah
Quote Decaffeinated 25-7-2022 11:09 PM
Negara 1 billion population. Ko buat lah apa pun akan ada yang puji dan kecam, just like indon multiply by four.

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2026 10:14 AM GMT+8 , Processed in 0.285085 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top