Bayi berusia sekitar setahun ditemui mati di dalam kereta dalam cuaca panas di Bordes, barat daya Perancis baru-baru ini.
Kejadian berlaku selepas bapa anak kecil berusia 14 bulan itu dikatakan terlupa untuk menghantarnya ke pusat bimbingan kanak-kanak. Mangsa dilaporkan ditinggal di dalam kenderaan di tempat letak kereta di tempat kerja bapanya. Siasatan awal menunjukkan bahawa mangsa mati akibat sesak nafas dan dehidrasi, kata seorang pendakwa raya, Cecile Gensac.
Difahamkan, ketika kejadian, suhu adalah lebih 22 darjah Celsius. Pada mulanya, anak kecil itu didapati tidak hadir di pusat bimbangan kanak-kanak. Ini menyebabkan ibunya berasa bimbang sebelum Perkhidmatan Kecemasan bergegas ke tempat kejadian yang mana mereka cuba menyelamatkan kanak-kanak itu sekitar jam 5 petang. Sumber: Sinar Harian
|
nononcrux replied at 25-7-2022 04:22 PM
eh lupa eh, mcm mne boleh lupa.. kesian ank syurga
Adrif replied at 25-7-2022 09:45 PM
forgotten baby syndrome namanya
kat Malaysia pun selalu terjadi.
awanysss replied at 26-7-2022 12:31 PM
tadi pagi aku kena hantar anak sedara aku pergi sekolah pun aku terlupa,
dah sampai traffic light ...
ADVERTISEMENT