Penemuan mengejutkan seorang nelayan ketika meninjau satu kawasan hutan terpencil membawa kepada penyiasatan besar-besaran di Rusia.
Difahamkan, dia yang sedang memancing ketika kejadian ingin mencari kayu untuk membuat unggun api di hutan tersebut. Namun, ketika meninjau kawasan berkenaan, dia terjumpa empat tong air. Alangkah terkejutnya nelayan itu apabila menemui janin yang diawet dalam larutan formalin sebaik melihat ke dalam tong tersebut. Daily Star melaporkan, sebanyak 248 janin bayi ditemui di dalam tong yang dibuang berselerakan di hutan tersebut.
Berikutan kejadian, nelayan terbabit segera memaklumkan penemuan mengejutkan itu kepada pihak berkuasa. Pihak berkuasa kemudian memaklumkan ia adalah 'sisa bioperubatan' dari sekurang-kurangnya tiga hospital di wilayah Ural. Penemuan di kawasan hutan yang terletak kira-kira 70 kilometer di utara bandar Yekaterinburg itu dibuat pada 24 Julai 2012. Janin tersebut kemudian ditempatkan di bilik mayat di bandar Nevyansk berdekatan untuk pemeriksaan lanjut. Timbalan ketua kerajaan wilayah, Vladimir Vlasov menyifatkan kes itu sebagai 'luar biasa' tetapi berkata beliau percaya penyiasat akan segera mencari 'dalang' dan memberi jaminan mereka yang bersalah akan dihukum. Menurut agensi berita Rusia RT, sebuah syarikat pelupusan sisa perubatan yang berpangkalan di luar bandar Ekaterinburg mungkin berkait rapat dengan kes pembuangan janin tersebut. Sungguhpun sudah 10 tahun berlalu, penemuan mengejutkan itu masih kekal misteri dan tidak diketahui sama ada sebarang pertuduhan dikenakan terhadap mereka yang bertanggungjawab. Sumber: mStar |
sharlenetexas replied at 25-7-2022 09:35 PM
Selamba buang merata.
makita replied at 25-7-2022 11:11 PM
Masa meols form 4, kitorg floating class. Abes je 1 subjek kene angkut bag pegi kelas lain yg kosong ...
ADVERTISEMENT