CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Bakar Bekas Isteri Ketika 'Live Streaming' Dihukum Mati

25-7-2022 01:42 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1413| Komen: 2

Mahkamah menjatuhkan hukuman mati terhadap lelaki China yang membakar bekas isterinya ketika wanita itu melakukan penstriman langsung.

Mahkamah Pertengahan Rakyat Daerah Autonomi Ngawa dan Wilayah Autonomi Qiang dalam kenyataan ringkas memaklumkan hukuman terhadap Tang Lu berlangsung semalam.

Pada Januari, mahkamah menolak rayuan Tang terhadap keputusan itu.


Foto: China Central Television

Tang Lu didakwa membakar bekas isterinya yang dikenali dalam platform Douyin sebagai Lamu, 30, pada September 2020.

Wanita itu parah dan meninggal dunia beberapa minggu selepas menerima rawatan.

Kejadian itu membangkitkan kemarahan ramai, malah keluarga Lamu dilapor memberitahu Paper, media rasmi di Shanghai bahawa mendiang sudah bertahun menderita sebagai mangsa keganasan rumah tangga sebelum nekad bercerai dengan Tang.

Polis menahan Tang beberapa hari selepas serangan itu tersebar di media sosial dan menerima kecaman meluas masyarakat terhadap nasib wanita dalam perkahwinan toksik.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pooh~key 25-7-2022 01:47 PM
Dalam pada nak hukum mati tu pun sempat dia dipakaikan alat benteng pertahanan dari mati akibat covid ya dek?
Quote boo05 24-11-2024 09:34 AM
Do you want me to?

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2026 04:37 AM GMT+8 , Processed in 0.092999 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top