Gara-gara tidak berpuas hati gaji dipotong untuk nafkah anak, seorang bekas suami tergamak meminta semula hadiah kahwin berupa barang kemas.
Itu yang diceritakan peguam syarie, Fahmi Ramli berhubung persoalan diterima daripada wanita mengenai bekas suami menuntut semula hadiah kahwin seperti gelang emas, rantai, cincin dan sebagainya. Bekas suami itu tidak berpuas hati terhadap perintah nafkah anak dan gajinya dipotong setiap bulan masuk ke akaun bekas isteri. “Bukankah nafkah anak ini wajib, jadi kenapa perlu ‘melenting’ sampai hendak jadi buruk siku?” katanya pada hantaran Facebook.
Menjelaskan lebih lanjut, beliau berkata, menuntut semula harta yang pernah diberi sebagai hadiah perkahwinan sepatutnya tidak boleh berlaku. “Apa pun, beban kepada orang yang menuntut itu tetap ada. Bukan mudah hendak buktikan barang kemas sebagai harta sepencarian. Sudahlah bukti pemilikan pun susah hendak buktikan. Bukannya ada geran pun kalau beli gelang emas,” ujarnya. Beliau menasihatkan supaya tidak perlu melibatkan isu nafkah anak dengan masalah peribadi. Dalam pada itu, Fahmi turut menjelaskan persoalan sama ada boleh atau sebaliknya bekas suami menuntut semula barang kemas yang diberi sebagai harta sepencarian. Sumber: KOSMO! ONLINE |
Decaffeinated replied at 25-7-2022 10:30 AM
Memang geli pun nak pakai. Patut jual ja buat beli beras.
nolya replied at 25-7-2022 10:49 AM
Tak bolehlah cakap mcm tu. Emas perhiasan sangat sinonim dgn kaum wanita. Diberi hadiah oleh sua ...
ADVERTISEMENT