Hampir 20 tahun meniti karier sebagai pelakon, Sweet Qismina memberanikan diri untuk melebarkan sayap dalam dunia seni suara pula dengan mempertaruhkan single pertamanya berjudul Namo.
Memetik laporan Media Hiburan, pemilik nama sebenar, Farhanna Qismina Supandi itu berkata, dia sebenarnya sudah lama menyimpan impian untuk tampil dengan lagu sendiri.
Siapa sangka, perjalanan untuk mencapai impian tersebut dipermudah apabila melancarkan lagu berjudul Namo, hasil ciptaan bersama komposer Mas Dewangga, Jova Devito dan Aden King.
"Sebenarnya, impian untuk ada lagu sendiri tercetus kira-kira empat tahun lalu. Ketika itu, saya belum temukan karya yang kena dengan jiwa.
"Selepas berbincang dengan Abang Raqeem Brian yang merupakan pengarah A&R dan Pemasaran Domestik Warner, barulah saya temui lagu yang sesuai.
"Perancangan untuk keluarkan single ini telah pun bermula pada bulan November tahun lepas sehingga proses rakamannya selesai pada Julai tahun ini.
"Segala-galanya adalah baharu buat saya. Ketika proses rakaman dijalankan, setiap detik sangat meninggalkan kenangan manis yang tidak akan saya lupakan sampai bila-bila.
"Perasaan berdebar itu hanya Tuhan saja yang tahu. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar dan lagu berkenaan dapat dihasilkan dengan sempurna," katanya. - CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
untuk lorier ke? ok la buat goyang kepala. patut highlight lebih kat dance routine nak bagi hype lebih. dance tak sharp sangat. wardrobe tu, cam tak kena dengan tuannya.