PETALING JAYA – Usia 27 tahun dan masih bujang, tetapi hutang begitu banyak mencecah lebih RM25,000 untuk kad kredit ditambah pinjaman peribadi sebanyak RM180,000.
Belum campur lagi hutang dengan kawan malah, bayaran kepada bank juga sudah mula ‘sangkut’ satu hingga dua bulan. Itu yang diceritakan oleh perunding kewangan dan pelabur hartanah, Ky Tee berhubung situasi dihadapi oleh seorang individu yang meminta bantuannya berkaitan pengurusan kewangan. “Lepas semak maklumat peribadi, saya pening kepala. Dia baru berusia 27 tahun dan masih bujang dengan gaji bersih dalam RM5,000. Tapi ada banyak hutang, tidak ada sebarang hartanah.
“Dia ada hutang kad kredit lebih RM25,000, sekarang sedang bayar minimum ansuran lima peratus iaitu RM1,250. Ada hutang pinjaman peribadi RM180,000 dengan ansuran RM1,600. Ada sebuah kereta baharu beli dengan ansuran RM1,200,” katanya pada hantaran di laman Facebook. Beliau berkata, dia juga turut berhutang dengan kawan sebanyak RM8,000 sekali gus perlu dibayar. “Ada hutang dengan kedai motosikal dalam RM5,000 manakala, bayaran hutang bank sudah mula ‘sangkut’ dalam satu hingga dua bulan. Jadi dia minta bantuan saya. “Saya beritahu kes ini tidak dapat dibantu dan saya nasihat dia pergi ke Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) untuk dapatkan cara dan idea daripada perunding sana, mungkin ada jalan,” jelasnya. Katanya lagi, beliau sudah banyak kali berjumpa dengan kes sebegitu melibatkan individu masih muda tetapi memiliki banyak hutang serta tidak mempunyai sebarang hartanah atau aset. -CARI Sumber: Kosmo
|
Meiizu replied at 24-7-2022 01:44 PM
Gomen staff kot..private gaji biasa2 takde bank bagi pinjam byk mcm tu
mamastoney replied at 24-7-2022 02:11 PM
Loan kete rm1.2k sebulan, maybe ambik civic kot. Tp personal loan rm180k tu dia buat apa ye sbb masi ...
Parit.Hilton replied at 24-7-2022 02:04 PM
entah kenapa aku rasa budak ni staff gomen
sebab ada personal loan ratus ribu.
hyie replied at 24-7-2022 03:06 PM
hati hitam iols syak heshe ifag. Harap heshe apply loan 180k sebab untuk kegunaan emergency, bukan s ...
ezacbee replied at 24-7-2022 02:22 PM
Itu yg pelik, loan 180k mana hilang? Rumah pun xde. Pasni H kena jual laa.. awek2 sume larikkkkk
mrsLucky replied at 24-7-2022 02:54 PM
Cam suami kawan i...baru kenal 4 bulan kawin. Laki keje gomen gaji x sampai rm4k.
Dah kawin baru ...
mclaren replied at 24-7-2022 03:10 PM
Ikkss.
Sanggup pulak dia tak minta khulu' ke...atau fasakh ke (tapi fasakh only if terbukti tak baf ...
tobobon replied at 24-7-2022 03:11 PM
Pegi akpk takkan membantu sgt uols..lebih2 lagi total hutang tu dah almost 300k. Sebab apa, meols ...
ADVERTISEMENT