CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Budak Dua Tahun Dibunuh Ibu Sendiri Gara-Gara Tumpahkan Gula Masa Bancuh Air

24-7-2022 12:04 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2572| Komen: 20

Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun maut dipercayai dibunuh oleh ibu kandungnya.

Kejadian berpunca gara-gara mangsa menumpahkan gula ketika membancuh minuman.


Regional Kompas melaporkan, pada 16 Julai lalu, suspek yang dikenali dengan nama Rince membuat laporan palsu kononnya anak lelakinya, Mikel telah ‘hilang’ selama tiga hari. 

Wanita itu mendakwa dia sudah mencari kanak-kanak itu di merata-rata tempat tetapi masih belum ditemui. 


Gambar Hiasan

Susulan daripada itu, pihak polis mula menjalankan siasatan termasuklah melakukan pencarian di kediaman suspek.


Namun pada 18 Julai 2022, segala-galanya terbongkar selepas penduduk kampung mendakwa terhidu bau yang sangat busuk datang dari kawasan hutan yang terletak lebih kurang satu kilometer dari rumah suspek. 

Rupa-rupanya, mayat Mikel ditemui di dalam hutan berkenaan. Hasil pemeriksaan ke atas mayat mangsa menunjukkan terdapat kesan melecet pada kaki dan tangan, warna kebiruan pada bibir, hujung jari kaki dan tangan, luka di leher, keadaan kepala, hidung selain duburnya dipenuhi ulat.

Mangsa dipercayai meninggal dunia dua atau tiga hari sebelum mayatnya ditemui dan punca kematian dipercayai akibat kekurangan oksigen. 

Berikutan daripada penemuan mayat Mikel, suspek telah ditahan polis untuk membantu siasatan dan semasa soal siasat, suspek mengaku telah membunuh anak lelakinya itu hanya kerana mangsa menumpahkan gula ketika membancuh teh.

Suspek dipercayai membunuh mangsa dengan cara menekup mulut sehingga mangsa tidak bernafas. Suspek yang panik melihat keadaan mangsa kemudian bertindak membuang mayatnya ke dalam hutan berdekatan rumahnya. Suspek yang berusia 42 tahun ini telah pun ditahan polis dan siasatan lanjut berhubung kes masih dijalankan. -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote whimsicalmusic 24-7-2022 12:05 PM
Tiga hari hilg br nk buat report polis..org kalo da syg anak, 3jam hilg pn da buat report. Bodo mak ni, i hope u burn in hell
Quote batmana 24-7-2022 12:09 PM
pasal mabuk minum  

inilah keindahan mabuk, tak bunuh org, rogol org, psl mabuk
https://www.katantt.com/artikel/ ... dao-habisi-anaknya/
Quote Samerosie 24-7-2022 12:11 PM
Wat der h...!  Budak 2 tahun bancuh teh?  Kalau tak negeri I yg ini negeri I yg itu pula berita2 macam ni.
Quote Supersirap 24-7-2022 02:20 PM
Semoga mendapat hukuman yang setimpal
Quote sukacactus 24-7-2022 03:03 PM
Gula mahal sgt ke kat sana?
Gila betul maknya
Aku tiap kali ank terpecahkan brg umah, aku ckp kat diri sdr, sayang ank ke sayang barang yg lebih
Quote star_karat 24-7-2022 03:57 PM
Reporter Cari ni mcm mana dia boleh translate news indon ke bahasa malaysia ek?  Nak baca news dorang punya lah susah. Lagi nak translate?
Quote I.K.A888990 24-7-2022 04:49 PM
sbbkan gula kau sanggup bunuh anak kau
baran jenis bangang punya perempuan
Quote che-cikL 24-7-2022 05:20 PM
berita caprut.jpg
Quote Tokeybundle 24-7-2022 08:23 PM
Mcmna blh biar bdk 2 thn bancuh teh.mmg bersepah la jawabnya.maknya pun x blh ke tolong bancuhkan.tau beranak je
Quote CariMalay 24-7-2022 08:34 PM
Baru 2 tahun dah disuruh bancuh teh
Quote batu kikir 24-7-2022 09:06 PM
Kenapalah kau beranak sial..
Pergi jahitlah cipap tu
Quote Carcosa 25-7-2022 12:10 AM
Bancuh teh utk siapa, binatangggg???
Utk tekak ko ke? Gila apo, budak 2 tahun kena bancuh teh? Semoga kau mampos dlm jail
Quote nononcrux 25-7-2022 09:19 AM
kalau dah bodoh tak kemana..mereput la kau sialan
Quote None68 25-7-2022 09:22 AM
Makin banyak orang gila sekarang ni
Quote kluangman 25-7-2022 11:35 AM
sukacactus replied at 24-7-2022 03:03 PM
Gula mahal sgt ke kat sana?
Gila betul maknya
Aku tiap kali ank terpecahkan brg umah, aku ckp kat di ...

Mahal gula di NKRI. https://ekonomi.bisnis.com/read/ ... -malaysia-kenapa-ya
Quote Artemesiaa 25-7-2022 11:38 AM
Orang kata masaalah orang dewasa jangan libatkan anak2 jangan jadilkan mereka tempat lepas kemarahan
Quote tumpanglalu74 25-7-2022 07:44 PM
selangor.jpg
Quote fortiori13 26-7-2022 07:29 PM
Jahatnya maknya....

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 11:21 PM GMT+8 , Processed in 0.100739 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top