CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Penternak Babi Bunuh Dan Buang Mayat Isteri Dalam Lubang Kumbahan, Terbongkar Selepas 40 Tahun

24-7-2022 11:55 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2389| Komen: 6

Seorang bekas penternak babi dijatuhi hukuman penjara seumur hidup dengan minimum 18 tahun penjara kerana membunuh dan membuang mayat isterinya dalam lubang kumbahan 40 tahun lalu di Kempsey, United Kingdom.


Daily Mail melaporkan, David Venables, 89, boleh memohon parol pada usianya 107 tahun nanti selepas dia didapati bersalah membunuh Brenda Venables pada 1982. 

Ketika hukuman dijatuhkan, warga emas itu tidak memberikan sebarang reaksi. Namun hadirin yang ada di ruang mahkamah mendengar lelaki itu berkata ‘tidak’ ketika dibawa ke lokap selepas hukuman dijatuhkan.


Foto: Daily Mail

Pesara itu dikatakan ada menjalin hubungan sulit ketika dia membunuh isterinya di rumah ladang mereka ketika mangsa sedang berehat untuk memulihkan kecederaan kaki selain mengalami masalah kemurungan. 

Menurut  Hakim Mahkamah Tinggi, Tipples dalam penghakimannya memberitahu, beliau yakin Venables membunuh isterinya untuk berpisah tanpa menerusi prosiding penceraian. 

Beliau turut berkata, tertuduh juga mungkin bimbang dengan kesan yang akan diterima sekiranya bercerai.

Kejadian ini berlaku disebabkan sikap tamak dan mementingkan diri sendiri.

Pada 12 Julai 2019, pihak berkuasa telah berjaya menjumpai tengkorak dan beberapa tulang Brenda Venables di saluran bawah tanah ketika kerja pembersihan saluran dilakukan. 

Penemuan itu berlaku selepas enam tahun Venables menjual hartanahnya dengan harga RM2.4 juta. David dipercayai cuba untuk meletakkan kematian isterinya itu kepada Fred West yang mempunyai kaitan dengan pembunuhan bersiri di sebuah kampung di Worcestershire pada bulan Mei 1982.

Pasukan peguamnya juga menegaskan wanita itu mungkin sama ada membunuh dirinya sendiri atau bertemu seseorang yang berhasrat mencederakan mangsa. Keluarga Brenda turut meluahkan rasa kecewa dengan tindakan kejam tersebut. Mereka sekeluarga tidak akan memaafkan tertuduh yang sepatutnya menjadi orang yang mengasihi dan melindungi wanita itu. -CARI

Sumber: Daily Mail

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tipah89 25-7-2022 12:47 PM
babinya perangai
Quote kepompong 25-7-2022 12:49 PM
kalau tak jual rumah… rahsia pun tak terbongkar?
Quote tumpanglalu74 25-7-2022 01:20 PM
Flag_of_the_United_Kingdom.svg.png
Quote mbhcsf 25-7-2022 01:20 PM
oh wow, another case for you inspector Morse?
Quote seri_mawr 25-7-2022 02:19 PM
allah la...kejamnya....mujur jual rumah klu tak sampai dia mampus pun org tak tahu....
Quote boo05 24-11-2024 09:32 AM
Do you want me to?

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2026 11:18 AM GMT+8 , Processed in 0.308252 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top