CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Fizi Ali Dah Beri Bayangan, Bakal Tinggalkan Suria FM?

24-7-2022 11:34 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5396| Komen: 29

Ucapan rakan-rakan penyampai radio Suria FM kepada Fizi Ali memberi bayangan seolah-olah dia bakal menamatkan perkhidmatan di stesen berkenaan.

Enggan mengulas lanjut, Fizi atau Mohd Hafizudin Alimudin, 33, memberitahu dia akan menjelaskan segala persoalanan tersebut dalam masa terdekat.

Foto: IG

“Saya tidak boleh kata iya atau tidak. Sekarang ini memang tidak boleh cakap apa-apa lagi dan tunggu sahaja pengumuman yang saya buat dalam masa terdekat.

“Saya terpaksa kunci mulut berkaitan hal ini demi menjaga hati banyak pihak,” katanya ketika dihubungi mStar pada Sabtu.




Fizi sebelum ini juga memuat naik gambar dia bersama Suraya Borhan dan Ajak yang merupakan rakan penyampai segmen Team Pagi Suria.

Menerusi ruangan komen, Suraya sendiri mengucapkan tahniah untuk Fizi memulakan kerja di tempat baharu.



“Selamat maju jaya di tempat baharu. Dekat je kalau nak singgah sarapan pagi dengan kami,” komen Suraya.

Sementara itu Feeya Iskandar atau Cik Piah yang mengendalikan segmen Gaya Suria turut memberi komen supaya Fizi tidak akan melupakan mereka.

“Fizi Ali, jangan lupakan kami,” ujarnya.


Apabila diminta menjawab khabar angin yang sedang diperkatakan ini, Fizi secara ringkas memberitahu dia masih sayangkan Suria FM.

“Saya sayang Suria,” ujarnya.

Fizi memulakan kerjaya di Suria FM pada Julai 2016 yang ketika itu bergandingan bersama Zulin Aziz dan Halim Othman menerusi segmen Ceria Pagi Suria. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote imanjannah 24-7-2022 12:11 PM
bijok comel anaknya..
Quote shiraloveyou 24-7-2022 12:26 PM
Iols suka dengar fizi time dia handle suria pagi dengan zulin...best jer dengar..
Quote kiah_mai_pulak 24-7-2022 12:36 PM
kena kicked kot, meroyan je kekdahhnya
Quote cruz2 24-7-2022 12:42 PM
Acik suka dia as dj suara sedap di dengar but not as personaliti media sosial cos dia mcm suka acah2 spill sana sini royan sana sini not classy at all..mengalahkan org pompuan pulak
Quote chilly 24-7-2022 12:55 PM
Anak dia cute btol.
Quote LuvAurora 24-7-2022 12:59 PM
klo pagi dia dgn ajak best ja..
Quote inspektoremos21 24-7-2022 01:05 PM
Mak bapak helok so anak pun comey. Btw iols suka je fizi ni as a dj.
Quote helicornia 24-7-2022 01:11 PM
Klu aku jd majikan aku terminate je kontrak.buat malu company je abih sume hal peribadi nk dicanang.dh le awak tu public figure
Quote Parit.Hilton 24-7-2022 01:21 PM
alhamdulillah cepat la sikit.

iols tak berapa suka fizi ni kat radio. iols mmg dengar suria.
tapi waktu pagi iols elak dengar sebab tak suka fizi ni


segmen rara dengan tyzo ja iols suka gila.
Quote Humayra56 24-7-2022 01:31 PM
Babai...btw ank dorg ni mmg super kiut..
Quote kechikchomel 24-7-2022 01:40 PM
Haritu dorg ada buka topik pasal tempat kerja kot. Tak ingat exact topik. Pastu ada sorg caller ni call/send voice note bagitau pengalaman dia. Hujung² tu caller tu tanya. Kenapa buat topik ni? Rasanya 2,3 tahun lepas pun pernah jugak buat topik ni. Tak lama lepas tu yg sorang tu tinggalkan Suria. Terbahak² si Ajak dgn Fizi
Quote harkktuih 24-7-2022 01:51 PM
Join MP radio kah? Since hotfm dj nya asik benti..
Quote ReginaGeorge 24-7-2022 03:10 PM
Fizi ni bila cuba jadi kelakar rasa nak tampar, bila bicara tentang topik yg sedikit berilmiah, kedengaran bodoh dan kosong. Elok la ex bini pun geli kat dia. Meroyan mcm pondan.
Quote white01whale 24-7-2022 03:21 PM
ReginaGeorge replied at 24-7-2022 03:10 PM
Fizi ni bila cuba jadi kelakar rasa nak tampar, bila bicara tentang topik yg sedikit berilmiah, kede ...

Thanx sebab dah melempiaskan isi mindaku..
Quote Mary_jane 24-7-2022 03:25 PM
All the best Fizi. Sinar fm jek masih bertahan nampaknya.
Quote mishungu 24-7-2022 04:47 PM
Ya Allah bagus la kalau dia x dgn suria dah.. Iols mmg dgr suria dalam kereta.. X blh lyn la dia jd dj.. Suara dia x best utk telinga iols.. Kadang apa dia ckp mcm kurang bijak.. Ajak tu bila ckp nampak lg bijok dr fizi ni
Quote babelina 24-7-2022 06:50 PM
x ex laki..ex bini punya citer.. pastu ulang blk.. asyik2 korg.. boring btl la..
Quote awenda507 24-7-2022 07:01 PM
Aku ok je dgr team pg suria. Ngam la dia ngn ajak. Cuma peel meroyan tu mmg takleh blah
Quote lucero 24-7-2022 07:15 PM
Jangan la masuk HotFM

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 11:30 PM GMT+8 , Processed in 0.320878 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top